KPKT salur peruntukan RM5 juta kepada Majlis Perbandaran Sepang

 KPKT salur peruntukan RM5 juta kepada Majlis Perbandaran Sepang

Datuk Zuraida Kamaruddin

SEPANG, 19 Mac — Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) meluluskan peruntukan sebanyak RM5 juta untuk projek berskala kecil dan baik pulih infrastruktur di kawasan pentadbiran Majlis Perbandaran Sepang (MPS) antaranya untuk baik pulih medan selera dan pembangunan kawasan pelancongan.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk ZuraidaĀ Kamaruddin berkata dalam taklimat bersama MPS, terdapat pembentangan untuk membina dan menaik taraf beberapa medan selera di Sepang serta keperluanĀ menaik taraf dan membaik pulih infrastruktur kawasan pelancongan di sekitar SepangĀ dalam usaha menarik kedatangan pelancongĀ apabila pandemik COVID-19 reda.

“Ini memang fokus KPKT apabila turun padang kerana kita nak beri peruntukan yangĀ akan membantu peniaga tempatan untuk memulakan perniagaan dan meningkatkan aktiviti ekonomiĀ di kawasan tersebut,ā€ katanya kepada media selepas melakukan lawatan kerjaĀ ke kawasan MPS dan Pangsapuri Kenanga, Putra Perdana, dekat sini hari ini.

Yang Dipertua MPS Datuk Abd Hamid Hussain yang turut hadir berkata menerusi peruntukan RM5 juta itu, MPS bercadang untukĀ membina medan selera baharu di Pusat Penjaja, Taman Mas PuchongĀ yang menelan kos RM1.5 juta.

Selain itu, katanya ia juga akan digunakan untuk membaik pulih medan selera di Pantai Bagan Lalang yang musnahĀ dalam kebakaran Isnin lepasĀ melibatkan lima gerai dan membaik pulih pasar awam yang rosak dilanda ribut pada 7 Mac lepas.

Mengenai lawatannya ke Pangsapuri Kenanga itu, Zuraida berkata KPKT bersetuju untuk meluluskan peruntukan RM1.5 juta bagi kerja-kerja mengecatĀ 16 blokĀ bangunan di kawasan perumahan itu.

“Lokasi pangsapuri ini terletak bersebelahan lebuh raya, jadi imej bangunan ini mestilah nampak cantik,ā€ katanya.

Beliau berkata KPKT juga bersetuju meluluskan peruntukan RM600,000 di bawah Tabung Penyelenggaraan Perumahan Malaysia (TPPM) untuk membaik pulih jalan-jalan berlubang di sekitar pangsapuri tersebut.

 

Bernama

bernama@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

17  −    =  12