KPKT rancang 500,000 rumah berkualiti, mampu milik

 KPKT rancang 500,000 rumah berkualiti, mampu milik

PUTRAJAYA, 22 JAN 2022 – Isu kualiti rumah kos rendah dan kos sederhana yang kurang kualitinya dan pelan pembiayaan yang sukar sering menjadi perdebatan awam.

Rakyat khususnya B40 pula tidak memiliki banyak pilihan untuk mendapatkan rumah mampu milik melainkan terima apa yang sudah disediakan mengikut kemampuan masing-masing atau lebih teruk impian disimpan dan terpaksa menyewa sepanjang hayat.

Prihatin dengan isu semasa, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) melalui Program Pemilikan Perumahan atau Home Ownership Programme (HOPE) mahu membina 500,000 unit rumah mampu milik dan berkualiti.

Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican

HOPE adalah agenda Malaysia Berdaya Huni, digerakkan bagi melihat ekosistem perumahan secara menyeluruh termasuk dalam aspek penyediaan dan pembiayaan perumahan.

Menterinya, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata, melalui program itu, kementerian berkaitan perumahan komited menjayakan misi berkenaan dalam tempoh Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12).

Dalam soal pembiayaan perumahan, saya mahu lihat satu model baharu yang memungkinkan lebih ramai rakyat berupaya dan mendapat akses kepada pembiayaan perumahan,“ katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan amanat Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan Tahun 2022, pada Jumaat.

Pada majlis berkenaan, beliau turut melancarkan Rangka Kerja Pemerkasaan PBT (RKPBT) yang akan memberi panduan kepada PBT dalam memperkukuhkan lagi tadbir urus dan kemampanan sebagai sebuah kerajaan tempatan.

Beliau berkata KPKT akan memperkenalkan produk pembiayaan Inisiaitif Pembiayaan Perumahan Malaysia (iPPM), selain memulakan kempen Own At Young (Miliki Kediaman Di Usia Muda).

Jelasnya, ‘War Room’ Perumahan ditubuhkan bagi melihat data-data perumahan termasuk projek sakit, lewat dan terbengkalai

Malah katanya, ‘Housing Integrated Management System’ atau Sistem Pengurusan Bersepadu Perumahan (HIMS) turut dilancarkan sebagai satu data gateway berkaitan perumahan yang menunjukkan demografik pembeli dan jenis permintaan.

Jelasnya, HIMS juga adalah satu daripada aplikasi teknologi Big Data Analytics untuk KPKT melihat stok rumah, corak permainan, demografik pembeli dan sebagainya.

“Aplikasi teknologi ini juga termasuklah item dalam enam bidang fokus KPKT,” katanya.

Reezal Merican berkata KPKT sedang merangka penubuhan Majlis Bandar Pintar Negara untuk melihat aspek dan amalan terbaik bagi membawa perbandaran negara ke tahap lebih baik.

Beliau berkata aspek perbandaran dan kerajaan tempatan adalah antara aspek yang perlu diperkukuhkan bagi menjayakan agenda Malaysia Berdaya Huni itu.

Beliau berkata Indeks Daya Huni Malaysia (IDAM) juga akan dimulakan sebagai instrumen untuk menilai tahap daya huni dalam kawasan pihak berkuasa tempatan (PBT) serta memberi indikasi penting mengenai perkembangan sosio ekonomi setempat.

Jelasnya.

fhatihah Zakinan

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

88  −  78  =