KPKT nafi terlibat tawaran iklan ‘Lestari Pinjaman Peribadi KPKT’ di Facebook

 KPKT nafi terlibat tawaran iklan ‘Lestari Pinjaman Peribadi KPKT’ di Facebook

KUALA LUMPUR, 1 Jul – Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) menafikan terlibat dengan penawaran pembiayaan peribadi ‘Lestari Pinjaman Peribadi KPKT’ kepada orang awam seperti yang diiklankan di Facebook.

Dalam satu kenyataan, KPKT menerima aduan awam dan semakan mendapati pihak yang tidak bertanggungjawab yang telah menyalahgunakan Logo Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (Jata Negara) dan logo syarikat Kredit Komuniti berlesen yang didaftarkan di bawah Akta Pemberi Pinjam Wang 1951 [Akta 400].

“Sehubungan itu, pihak KPKT menafikan penglibatan dan tawaran iklan terhadap pembiayaan peribadi ‘Lestari Pinjaman Peribadi KPKT’ kepada orang awam. KPKT memandang serius terhadap mana-mana pihak atau syarikat pemberi pinjam wang berlesen atau tidak berlesen yang menyalahgunakan logo KPKT (Jata Negara), logo Kredit Komuniti dan lesen pemberi pinjam wang untuk tujuan penipuan (scammer).

“Siasatan lanjut terhadap perkara ini akan dilakukan oleh pihak Kementerian dan Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK), PDRM untuk penelitian dan tindakan selanjutnya. Aduan juga telah dibuat kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) berhubung perkara tersebut.

“Orang awam adalah dinasihatkan untuk lebih berhati-hati dalam menerima sebarang tawaran pinjaman yang diiklankan,” kata kenyataan itu.

Sekiranya terdapat sebarang keraguan berhubung iklan yang dipaparkan, orang awam dinasihatkan untuk terus menghubungi Bahagian Kawalan Kredit Komuniti (BKKK), KPKT di talian 03-8891 4690/4668/4658/4708 atau mengemukakan aduan melalui saluran https://aduan.kpkt.gov.my atau melalui aplikasi mobil i-KrediKom.

Fazlan

fazlan@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

  +  15  =  16