• Sunday, 20 June 2021, 11:03 am

KPJ pandang serius kenaikan kes COVID-19

 KPJ pandang serius kenaikan kes COVID-19

KUALA LUMPUR, 26 Mei – KPJ Healthcare Berhad (KPJ) memandang serius dengan kenaikan kes harian COVID-19 yang mencecah angka 7,289 hari ini, berpunca daripada penemuan variasi baru wabak itu.

Berdasarkan laporan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), penemuan variasi baru itu serta kadar peningkatan penyebaran virus COVID-19 di masyarakat, sekali gus menjadi antara faktor penyumbang utama bagi sebilangan besar kes harian baharu dilaporkan di negara ini.

Dengan rangkaian hospital swasta terbesar di Malaysia, KPJ, telah bekerjasama erat dengan KKM dan kerajaan dalam memerangi COVID-19 sejak bermulanya pandemik ini.

“Selain menawarkan perkhidmatan pemeriksaan COVID-19 dan pengurusan kes pengasingan, jaringan Hospital KPJ turut terlibat dalam Fasa 1 Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) di mana 10 Hospital KPJ berfungsi sebagai Pusat Vaksinasi.

“Pada 22 Mei lalu, lebih daripada 80 peratus barisan hadapan KPJ telah menerima dos pertama mereka, di mana lebih daripada 70 peratus telah menerima dos kedua mereka.

“Sebagai tambahan kepada pasukan dalamannya, seramai 13,968 petugas barisan hadapan luaran telah menerima dos vaksin pertama, manakala 12,939 telah menerima dos kedua vaksin COVID-19” katanya dalam satu kenyataan.

Baru-baru ini, KPJ telah mendaftarkan 20 hospitalnya dengan ProtectHealth Corporation (ProtectHealth) untuk berfungsi sebagai Pusat Vaksinasi COVID-19 dalam fasa kedua PICK. Kesemua hospital berikut adalah KPJ Ampang Puteri Specialist Hospital, KPJ Tawakkal KL Specialist Hospital, KPJ Damansara Specialist Hospital, KPJ Selangor Specialist Hospital, KPJ Seremban Specialist Hospital, KPJ Perdana Specialist Hospital, KPJ Pahang Specialist Hospital KPJ Johor Specialist Hospital, KPJ Bandar Dato’ Onn Specialist Hospital dan KPJ Kluang Specialist Hospital.

Seterusnya, KPJ Pasir Gudang Specialist Hospital, KPJ Bandar Maharani Specialist Hospital, KPJ Batu Pahat Specialist Hospital, KPJ Ipoh Specialist Hospital, KPJ Penang Specialist Hospital, KPJ Perlis Specialist Hospital, Kedah Medical Centre, KPJ Kuching Specialist Hospital, KPJ Sabah Specialist Hospital dan KPJ Miri Specialist Hospital.

KPJ berharap pihaknya dapat memainkan peranan penting dalam memperluaskan akses vaksin kepada lebih banyak orang dalam waktu yang lebih singkat.

Selain meningkatkan kesiapsiagaan semua rangkaian hospitalnya dalam kerjasama dengan kerajaan, KPJ turut berharap dapat mewujudkan kekebalan kelompok dan akhirnya menewaskan COVID-19 di Malaysia.

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *