KPJ mampu beri vaksin 6,000 sehari

 KPJ mampu beri vaksin 6,000 sehari

KPJ mampu memberikan suntikan vaksin kepada 6,000 orang sehari. Foto WMY/Nurman Nasyriq

JOHOR BAHRU, 23 Jun – Lebih 60,000 individu sudah divaksinasi COVID-19 di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) kendalian KPJ Healthcare menjadikan pusat penjagaan kesihatan swasta itu yang terbesar menyokong Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK).

KPJ mempunyai 16 PPV yang sedang beroperasi memberikan vaksin kepada kira-kira 4,000 orang sehari sejak Mac tahun ini.

Presiden dan Pengarah Urusan KPJ, Ahmad Shahizam Mohd. Shariff berkata, menjelang akhir bulan ini, KPJ akan mempunyai 21 PPV yang mampu memberi vaksin kepada lebih 6,000 orang sehari.

“Ini adalah kira-kira empat peratus daripada 150,000 vaksinasi harian yang telah disasarkan untuk seluruh negara.

“Sebagai penyedia penjagaan kesihatan swasta terbesar di Malaysia, KPJ mempunyai keupayaan untuk memberi vaksin kepada lebih 10,000 orang setiap hari jika diperlukan,” katanya dalam satu kenyataan, di sini.

Sebagai inisiatif masa depan, KPJ sedang meneroka peluang untuk menyediakan suntikan vaksin secara persendirian, yakni selain daripada program kerajaan.

Nurman Nasyriq

nurman@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

49  −    =  47