KPIM utamakan program beri kesan, impak besar kepada rakyat – Ronald Kiandee

 KPIM utamakan program beri kesan, impak besar kepada rakyat – Ronald Kiandee

Datuk Seri Dr Ronlad Kiandee, Menteri Pertanian dan Industri Makanan

KUALA LUMPUR, 26 Nov — Tiga program telah diangkat oleh Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (KPIM) bagi memenuhi teras Menstrukturkan Semula Ekonomi Negara dan Meningkatkan Kesejahteraan Sosial.

Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Seri Dr Ronald Kiandee berkata, perancangan Aspirasi Keluarga Malaysia (AKM) memberi keutamaan kepada program-program yang benar-benar memberikan kesan dan impak besar kepada rakyat.

“Dalam merealisasikan pelaksanaan AKM 100 Hari ini, pelbagai usaha telah dijalankan oleh seluruh Keluarga KPIM bagi mencapai sasaran yang ditetapkan iaitu tiga AKM utama KPIM iaitu Program Meningkatkan Taraf Hidup Kumpulan Sasar dalam pemberian bantuan/insentif dan pembiayaan, Program Smart Sawah Berskala Besar (SMART SBB) dan Program Smart Card Keluarga Peladang (PELADANG-i).

“Lebih 80,000 golongan sasar telah menerima manfaat dari program KPI KPIM ini. Semangat 100 hari ini akan terus dijadikan asas untuk terus menyantuni kehendak golongan sasar,” katanya.

Dalam pada itu Ronald berkata, KPIM akan terus meletakkan kemakmuran golongan sasar sebagai keutamaan bagi memperkukuhkan sektor agromakanan negara sekaligus memastikan sistem makanan negara kekal utuh sepanjang masa bagi Keluarga Malaysia, dalam program Selamat Pagi Malaysia, Aspirasi Keluarga Malaysia 100 Hari bagi kementeriannya.

Zuan Azmi

zuan@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *