KPDNHEP tidak lantik ejen untuk promosi kempen beli barangan Malaysia

 KPDNHEP tidak lantik ejen untuk promosi kempen beli barangan Malaysia

PUTRAJAYA, 6 Mei — Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) tidak pernah melantik ejen pengiklanan bagi tujuan mempromosi Kempen Beli Barangan Malaysia (KBBM).

Ketua Setiausaha KPDNHEP Datuk Seri Hasnol Zam Zam Ahmad menegaskan bahawa kementerian itu tidak mengiktiraf atau memberi sebarang kelulusan kepada mana-mana pihak ketiga untuk bertindak sebagai ejen, sama ada melalui media cetak, media elektronik atau media baharu, bagi tujuan pengiklanan atau promosi di bawah KBBM.

“KPDNHEP melaksanakan sendiri segala program dan aktiviti bagi tujuan hebahan dan promosi KBBM dengan kerjasama rakan-rakan strategik termasuk pihak pemain industri, peruncit dan media,” katanya dalam kenyataan hari ini.

KBBM merupakan inisiatif kerajaan yang dilaksanakan melalui KPDNHEP, bagi merangsang pertumbuhan ekonomi domestik dengan meningkatkan pembelian barangan tempatan, memajukan projek keluaran usahawan dan industri tempatan, serta meningkatkan semangat patriotisme dalam kalangan rakyat terhadap barangan dan perkhidmatan Malaysia.

 

 

 

Bernama

bernama@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

34  −    =  26