• Thursday, 17 June 2021, 2:05 pm

KPDNHEP Perak rekod 31 kes tidak patuh Skim Harga Maksimum Aidilfitri

 KPDNHEP Perak rekod 31 kes tidak patuh Skim Harga Maksimum Aidilfitri

IPOH, 21 Mei — Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Perak merekodkan 31 kes tidak mematuhi Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) Hari Raya Puasa 2021 sejak dilaksanakan 21 April lepas.

Pengarahnya Saifullizan Kamarul Zaman dalam kenyataan berkata ia membabitkan 11 kes tiada tanda harga khas, lapan kes tidak mempunyai tanda harga serta enam kes masing-masing membabitkan kesalahan menjual melebihi harga kawalan dan menggunakan alat timbang yang tidak ditentusahkan.

Beliau berkata bagaimanapun pihaknya hanya menerima dua aduan sahaja berkaitan harga yang mengelirukan dan tiada tanda harga.

“Jumlah rampasan bagi kesemua kes berjumlah RM2,197 manakala kompaun yang dikenakan pula sebanyak RM4,000,” katanya menambah jumlah pemeriksaan membabitkan 5,525 premis di seluruh negeri.

Menurutnya secara keseluruhan, pelaksanaan SHMMP dan tindakan penguatkuasaan adalah memuaskan, dari segi tahap pematuhan peniaga adalah baik yang mereka memahami tanggungjawab dengan mematuhi peraturan yang ditetapkan.

“Semasa pelaksanaan SHMMP ini terdapat juga peniaga menjual barang kawalan lebih rendah daripada harga maksimum yang ditetapkan. Hasil pemantauan mendapati kedudukan harga dan bekalan barangan keperluan lain adalah stabil dan mudah diperoleh di pasaran,” katanya.

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *