KPDNHEP patah aktiviti seleweng diesel

 KPDNHEP patah aktiviti seleweng diesel

Oleh Mohammad Ishak

KUALA TERENGGANU,11 Feb: Penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri (KPDNHEP) Cawangan Dungun, merampas sejumlah 615 liter minyak diesel dipercayai untuk aktiviti penyeludupan bernilai RM72,047.65 dalam serbuah ke sebuah stesyen minyak di daerah tersebut.

Dalam serbuan jam 1.40 tengah hari semalam, seorang lelaki berusia 40-an yang leka mengisi minyak ke dalam tong dram di bahagian belakang sebuah kenderaan pacuan empat roda,

tergaman apabila didatangi pegawai penguat kuasa terbabit.

Saharuddin Mohd Kia

Pengarah KPDNHEP Terengganu, Saharuddin Mohd Kia berkata, hasil soal siasat mendapati lelaki terbabit gagal mengemukakan sebarang dokumen kebenaran daripada Pengawal Bekalan bagi membeli barangan bersubsidi tersebut.

Beliau berkata, susulan serbuan itu, anggota yang membuat  serbuan merampas 615 liter minyak diesel, tiga tong drum dan sebuah kenderaan pacuan empat roda untuk siasatan lanjut.

Serbuna itu dilakukan selepas pihaknya menjalankan risikan selama tiga hasil maklumat oranng awam, katanya dalam satu kenyataan media, hari ini.

Shaharuddin berkata, kes disiasat mengikut Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan 1974, Akta Kawalan Bekalan 1961 iaitu menjual barang kawalan berjadual (diesel) kepada orang yang tidak mempunyai kebenaran bertulis daripada Pengawal Bekalan.

Jika sabit kesalahan, pesalah boleh dikenakan denda RM1 juta atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya sekali manakala hukuman ke atas syarikat adalah denda tidak melebihi RM2 juta.

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

90  −    =  87