KPDNHEP nasihat pengguna buat aduan jika dianiaya peniaga

 KPDNHEP nasihat pengguna buat aduan jika dianiaya peniaga

Oleh Suraya Ali

KUALA LUMPUR, 14 April — Timbalan Menteri Perdagangan Dalam negeri dan hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Datuk  Rosol Wahid berkata pihaknya ada menerima aduan pengguna yang mendakwa terpaksa membeli motosikal tersebut secara ansuran.

Menurut Rosol, pihaknya telah mengarah bahagian penguatkuasaan untuk membuat siasatan keatas dakwaan tersebut.

Beliau turut menasihati pengguna untuk tampil memberi maklumat lengkap sekiranya berlaku penganiayaan terhadap pengguna oleh peniaga.

Tular di media sosial seorang pelanggan membuat aduan harga motosikal Y126ZR yang lebih tinggi dan peniaga enggan menjual kenderaan tersebut secara tunai dan mengutamakan pembelian secara hutang sahaja.

Menurut pengadu,  motosikal jenama Yamaha itu dilancarkan dengan harga RM10,888 namun rata-rata peniaga menjualnya antara harga RM12,000 hingga  RM13,000.

Selain itu, pengadu itu juga mendakwa pelanggan yang berhasrat membeli motosikal tersebut secara tunai terpaksa menunggu sehingga beberapa bulan sebaliknya jika pelanggan membelinya secara ansuran bulanan mereka boleh mendapatkannya segera.

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

  +  27  =  36