KPDNHEP minta pengguna lapor jika ada penjualan oximeter palsu

 KPDNHEP minta pengguna lapor jika ada penjualan oximeter palsu

KUALA BERANG, 14 Ogos — Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) menasihatkan orang ramai supaya membuat aduan rasmi sekiranya terdapat peniaga yang menjual oximeter (alat untuk mengukur paras oksigen dalam darah) palsu.

Timbalan Menterinya, Datuk Rosol Wahid berkata walaupun pemantauan penjualan alatan berkenaan di bawah bidang kuasa Kementerian Kesihatan namun orang ramai boleh juga melaporkan kepada KPDNHEP.

“Setakat ini kita tak terima laporan rasmi, hanya ada komen warganet tentang penjualan oximeter yang tidak berkualiti di media sosial.

“Tetapi jika ada produk yang palsu atau dijual pada kadar harga sangat tinggi berbanding pasaran, boleh buat laporan kepada pihak kami untuk disiasat dan diambil tindakan di bawah Akta Perdagangan,” katanya.

Beliau berkata kepada pemberita selepas program kempen kibar jalur gemilang bersama barisan hadapan dan penerima vaksin di pusat pemberian vaksin (PPV) Sekolah Kebangsaan Kampung Tanggol, di sini hari ini.

Tambah Rosol, beliau juga berharap agar pembeli dapat memberi maklumat secara terperinci seperti nama kedai, lokasi dan resit belian sebagai bukti bagi memudahkan pihak berkuasa mengambil tindakan.

WMY

WMY@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

35  +    =  39