KPDNHEP beri notis kepada restoran “cekik darah” di Kepala Batas

 KPDNHEP beri notis kepada restoran “cekik darah” di Kepala Batas

GEORGETOWN: Tular sebelum ini di media sosial apabila sebuah restoran di Kepala Batas, Pulau Pinang didakwa telah menjual makanan dengan harga “cekik darah”.

Makanan yang didakwa dijual dengan harga “cekik darah” tersebut adalah lauk hidangan kalian ikan masin yang berharga RM18 dengan kuantiti yang sedikit.

Lantaran itu, Pejabat Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Pulau Pinang mengeluarkan Notis Pengesahan Maklumat Barangan (NPMB) kepada peniaga sebuah restoran berkenaan.

Memetik sumber Utusan Malaysia, menurut KPDNHEP Pulau Pinang dalam satu kenyataan memaklumkan, peniaga restoran itu perlu memberi maklum balas terhadap notis terbabit dalam tempoh dua hari bekerja. 

PEGAWAI Penguat Kuasa PPDNHEP Pulau Pinang menyiasat sebuah restoran susulan tular harga RM18 bagi hidangan kailan ikan masin di sebuah restoran di Kepala Batas, Pulau Pinang – Sumber Utusan.

Pegawai Penguat Kuasa hadir ke lapangan untuk menyiasat aduan yang diterima berhubung perkara ini pada hari sama melalui aduan pengguna.

“Satu NPMB bagi kalian ikan masin berharga RM18 telah diberikan kepada peniaga dan peniaga perlu memberi maklum balas dalam tempoh dua hari bekerja,” katanya. 

Difahamkan perkara tersebut tular dalam media sosial Facebook baru ini, selepas resit bayaran beserta gambar menu berkenaan dikongsi oleh individu dipercayai pelanggan di sebuah restoran yang didakwa di Kepala Batas, dekat sini. 

Menerusi hantaran di media sosial itu, pelanggan berkenaan berkata dia sedia maklum dengan kenaikan harga barang mentah dan reda dengan harga ikan jenahak, sayur campur, ulam dan sambal yang dibelinya di sebuah restoran di kawasan Kepala Batas, di sini. 

Bagaimanapun, harga sebungkus kailan ikan masin untuk seorang makan pada harga RM18 dianggap terlalu mahal. 

Kos keseluruhan makanan yang dibeli pelanggan berkenaan adalah berjumlah RM122 namun dia tidak mendedahkan nama restoran berkenaan

Izz Fizz

izz@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

16  −    =  7