KP Kesihatan rayu petugas kesihatan kontrak tidak sertai mogok

 KP Kesihatan rayu petugas kesihatan kontrak tidak sertai mogok

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah

KUALA LUMPUR, 25 Jul — Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah merayu semua doktor dan pegawai perubatan untuk mengingat kembali sumpah dibuat ketika memulakan kerjaya mereka.

Beliau memetik ‘Primum non Nocere’ atau Pertama, jangan membahayakan bagi mengingatkan para doktor supaya tidak membahayakan atau menzalimi pesakit.

“Kepada rakan sekerja junior kami dengan kontrak, saya meminta anda semua, jangan ikut demonstrasi dan jangan tinggalkan tanggungjawab anda kepada pesakit anda.

“Ingatlah bahawa banyak nyawa yang terlibat dan demonstrasi boleh mempengaruhi kehidupan mereka dan juga kerjaya anda,” katanya dalam kenyataan di Facebook sebentar tadi.

Tambah Dr Noor Hisham, beliau memahami dan yakin pegawai peribatan berstatus kontrak ingin terus berkhidmat dengan Kementerian Kesihatan secara tetap, dan kerajaan telah pun mengumumkan pemberian kontrak selama dua tahun.

“Ia (pemberian kontrak) bertujuan untuk memberi masa untuk pindaan dibuat pada Akta Pencen sehingga kedudukan tetap dapat dilakukan dengan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) iaitu tanpa pilihan pencen,” jelasnya.

Sementara itu, kerajaan akan mengizinkan mereka yang berada dalam kedudukan kontrak untuk melanjutkan pekerjaan mereka walaupun dalam kedudukan kontrak dan akan menawarkan penjawatan tetap bersama KWSP setelah pelan itu disediakan.

“Saya ingin mengingatkan bahawa keselamatan pesakit adalah keutamaan kita (petugas kesihatan),

“Ingat sumpah yang kita lafazkan dengan ikhlas dan kekal berada di sana untuk pesakit anda pada masa mereka dan negara sangat memerlukan anda,” rayunya.

Dr Noor Hisham berkata, petugas kesihatan adalah kubu pertahanan terakhir yang memberi impak kepada pesakit dan amat bermakna dalam semua perkara.

Media melaporkan seramai 4,000 petugas kesihatan berstatus kontrak mahu mengadakan mogok pada Isnin, 26 Julai kerana tidak berpuas hati dengan status pekerjaan kontrak.

suraya ali

suraya@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

64  −  62  =