Koperasi KGMMB akan buka pusat hemodialisis di Kuala Terengganu

 Koperasi KGMMB akan buka pusat hemodialisis di Kuala Terengganu

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan negeri Johor, Ayub Jamal (tengah) dan Pengerusi Koperasi Kesatuan Guru Melayu Malaysia Barat, Ibrahim Marlan (2 dari kanan)

BATU PAHAT –Koperasi Kesatuan Guru Melayu Malaysia Barat (KopKGMMB) akan memulakan operasi pusat hemodialisis dengan enam mesin alat itu di Kuala Terengganu tahun hadapan.

Pengerusinya, Ibrahim Marlan berkata, pusat tersebut berharga RM500,000 untuk membeli peralatan tersebut dan lain-lain perbelanjaan pengurusan akan memberi perkhidmatan kepada pengidap diabetis.

“Koperasi yang mempunyai anggota seramai kira-kira 18,000 orang turut akan menikmati manfaat dengan kewujudan pusat itu di sana terutama yang tinggal di sekitar Kuala Terengganu.

“KopKGMMB sebagai antara sebuah koperasi terbesar yang dianggotai oleh guru dan pesara guru, pusat ini dibina memandangkan perkhidmatan seperti ini amat diperlukan,”katanya selepas perasmian Mesyuarat Agung Perwakilan Tahunan (MAPT) Kali Ke-23.

Katanya, KopKGMMB memiliki aset berjumlah RM80 juta, koperasi telah berjaya memperolehi pendapatan pada 31 Disember 2020 sebanyak RM3,637,826 dengan keuntungan berjumlah RM 1,824,380.

“Keuntungan itu berkurangan sebanyak RM71,522 berbanding dengan keuntungan 2019 sebanyak RM 1,895,902 kerana pembayaran daripada anggota kurang disebabkan kehadiran pandemik.

Rakan strategik penapis air dengan KopKGMMB menyerahkan alat itu kepada Pengerusi KopKGMMB, Ibrahim Marlan (kiri) serta disaksikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri Johor, Ayub Jamil (tengah)

“KopKGMMB akan terus menambahbaik perancangan strategik untuk mengukuhkan aktiviti sedia ada bagi meningkatkan pendapatan dan sekarang berada di kedudukan ke-29 koperasi terbaik di peringkat nasional dan meletakkan matlamat koperasi antara yang terbaik negara,”katanya.

Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan negeri Johor, Ayub Jamail dan Pengerusi Kesatuan Guru Melayu Malaysia Barat, Jasni Md Kechik.

Sementara itu, Ayub Jamil berkata, beliau mengucapkan tahniah kepada KopKGMMB selain meningkatkan ekonomi anggota, ia turut menjana ekonomi negara.

“Tidak mustahil koperasi ini akan terus maju dengan anggota seramai 18,000 orang serta mempunyai aset RM80 juta dan perlu dicontohi oleh koperasi lain.

“Jalinan kerjasama yang erat antara anggota koperasi dan keuntungan serta faedah yang terbaik untuk dinikmati oleh anggota, selain itu koperasi perlu bijak memantap dan mencari ruang dan peluang dalam perniagaan demi ekonomi anggota, “ katanya.

Amir Hamzah Nordin

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *