Konvoi Pejuang bantah kenaikan harga barang lesu

 Konvoi Pejuang bantah kenaikan harga barang lesu

KUALA LUMPUR, 4 Dis — Bantahan dan konvoi berkaitan kenaikan harga barangan yang dipercayai dirancang oleh Parti Pejuang di ibu kota Kuala Lumpur pada Jumaat, lesu dan tidak mendapat sambutan.

Kelihatan hanya empat kenderaan menyertai konvoi Himpunan Rakyat Tuntut Tiga itu adalah anjuran Biro Kepenggunaan Parti Pejuang Tanah Air pada petang Jumaat.

Malah tinjauan media mendapati, tidak kelihatan seorangpun pemimpin utama Pejuang dalam konvoi tersebut.

Kumpulan itu mula berkumpul di sekitar pusat membeli-belah Pavilion kira-kira jam 5.30 petang sebelum bergerak menaiki kenderaan ke Sogo.

Hanya empat kenderaan lengkap dengan poster tiga tuntutan antaranya meminta kerajaan membanteras kartel rasuah, menguatkuasakan undang-undang dan kawalan harga barang.

Wakil gerakan itu berkata, konvoi itu dibuat secara pandu lalu oleh kumpulan terbabit berlangsung di hadapan Sogo dan pihak polis berkawal di perkarangan pusat membeli belah berkenaan seawal jam 4 petang manakala pihak premis terbabit mengeluarkan notis larangan berhimpun.

Menerusi hantaran di media sosial, penganjur terbabit berkata perhimpunan berkenaan dibatalkan berikutan nasihat Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi.

“Tidak akan ada perhimpunan fizikal di Sogo kerana kami menghormati undang-undang,” kata penganjur perhimpunan.

Zuan Azmi

zuan@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

8  +  1  =