Kontraktor didakwa palsukan dokumen pindah milik tanah

 Kontraktor didakwa palsukan dokumen pindah milik tanah

ALOR SETAR, 1 Mac — Seorang kontraktor hari ini mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas pertuduhan memalsukan dokumen untuk pindah milik tanah pada Oktober 2005.

Tertuduh Mohd Isa Hanafiah, 67, membuat pengakuan itu di hadapan Hakim Murtazadi Amran selepas pertuduhan dibacakan.

Dia didakwa dengan curangnya menggunakan suatu dokumen sebagai tulen iaitu Borang 14A Kanun Tanah Negara bagi tujuan pindah milik tanah, bahagian atau pajakan daripada Bakar Mohd Isa kepada dirinya di Pejabat Tanah Kubang Pasu, Jitra pada 9.23 pagi, 25 Okt 2005.

Tertuduh mempunyai sebab untuk mempercayai dokumen itu adalah palsu dan sehubungan itu dia dituduh mengikut Seksyen 471 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 465 kanun sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Bagaimanapun, mahkamah membenarkan Mohd Isa diikat jamin RM8,000 dengan seorang penjamin berserta syarat tambahan iaitu dia perlu melaporkan diri di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terdekat pada minggu pertama setiap bulan.

Mahkamah menetapkan 8 April depan untuk sebutan semula kes.

Pendakwaan kes itu dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya SPRM Tan Sew Ping manakala tertuduh diwakili Peguam Rosman Azwan Osman.

Bernama

bernama@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

20  +    =  23