Konsep ‘Sekolahku Sejahtera’ bagi membendung gejala buli di sekolah di peringkat akhir

 Konsep ‘Sekolahku Sejahtera’ bagi membendung gejala buli di sekolah di peringkat akhir

Datuk Dr Radzi Jidin

KUALA LUMPUR, 14 Dis — Kementerian Pendidikan kini berada di peringkat akhir  untuk memperkenalkan konsep “Sekolahku Sejahtera” bagi membendung masalah buli di sekolah.

Menterinya, Datuk Radzi Jidin berkata, konsep itu bukanlah satu mata pelajaran baharu, sebaliknya ia bertujuan untuk menerapkan nilai-nilai murni dalam kalangan pelajar di peringkat awal persekolahan.

“Antara punca buli ialah ada pelajar yang berkelakuan tidak rasional apabila bertindak dalam kumpulan.  Mereka merasakan bahawa apabila berada dalam kumpulan, mereka boleh membuli rakan mereka.

“Kumpulan ini adalah antara faktor yang membawa kepada keadaan hari ini.  Pelajar tidak menganggap apa yang mereka lakukan sebagai salah.

“Tiada rasa empati dalam mengambil kira bagaimana perasaan menjadi orang yang dibuli atau dipukul,” katanya ketika menggulung perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2022 peringkat jawatankuasa kementerian di Dewan Rakyat pada Isnin.

Radzi berkata konsep ‘Sekolahku Sejahtera mempunyai 14 elemen yang akan diterapkan oleh guru secara tidak langsung semasa kelas.

Tambahnya, pelajar yang kini tidak didedahkan pada peringkat awal perlu membuat keputusan secara rasional iaitu kesan terbesar gejala buli kepada diri, keluarga dan masa depan mereka termasuk mangsa buli.

“Insya-Allah, dalam masa terdekat, kita akan turun padang dan menerangkan konsep yang kita mahukan anak-anak kita, bukan sahaja fokus dalam akademik tetapi juga memahami konsep penting dalam kehidupan,” tambahnya.

Lebih 20 Ahli Parlimen mengambil bahagian dalam sesi perbahasan dan Dewan Rakyat kemudiannya meluluskan anggaran perbelanjaan mengurus sebanyak RM47,590,933,700 untuk Kementerian Pendidikan.

Zuan Azmi

zuan@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

41  +    =  48