Konsep kutipan makanan tanpa sentuh di R&R sepanjang lebuh raya PLUS

 Konsep kutipan makanan tanpa sentuh di R&R sepanjang lebuh raya PLUS

KUALA LUMPUR, 8 Mei — Lebih 600 kawasan rehat dan rawat (R&R) di sepanjang lebuh raya yang dikendalikan oleh PLUS Malaysia Berhad (PLUS) akan terus dibuka namun tertakluk kepada arahan pihak berkuasa tempatan, bagi pelancong untuk mendapatkan makanan dan minuman secara konsep on-the-go.

PLUS dalam satu kenyataan memaklumkanĀ  pihaknya menawarkan kemudahan dan kutipan tanpa sentuh menerusi fungsi Pre-Order PLUS melalui Aplikasi PLUS atau melaluiĀ https://orderdisini.plus.com.my/Ā yang menawarkan menu pilihan kepada pelanggan oleh rakan niaga dan peniaga-peniaga di 21 R&R terpilih.

Rakan niaga PLUS ini beroperasi di R&R di Dengkil (kedua-dua arah), Rawang (arah utara), Restoran Jejantas Sungai Buloh, Seremban (kedua-dua arah), Ulu Bernam (arah selatan), Tapah (arah selatan), Gunung Semanggol (kedua-dua arah) dan Gurun (kedua-dua arah).

Hentian sebelah Juru (arah selatan), Pagoh (kedua-dua arah), Machap (kedua-dua arah), hentian sebelah Kulai (arah selatan) dan tiga R&R dari lebuh raya LPT2 yang merangkumi Ajil (arah utara), Paka (arah utara)Ā Ā dan Perasing (arah selatan), katanya.

Semua operasi perniagaan di R&R dan hentian di bawah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula dari 6 pagi hingga 12 malam hanya untuk hanya dibawa pulang kerana medan selera ditutup.

Sementara itu, sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), waktu operasi adalah dari 6 pagi hingga 12 malam dan dibenarkan makan di premis dengan pematuhan jarak fizikal dan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat.

PLUS juga mengulangi komitmenya untuk terus memberikan perkhidmatan dan menyediakan kemudahan yang selamat, bersih dan selesaĀ kepada pelanggannya di semua kawasan R&R di sepanjang lebuh raya.

Menurut kenyataan itu, orang ramai juga diingatkan untuk mematuhi SOP dengan mendaftar menerusi Aplikasi MySejahtera dan memeriksa suhu badan di tempat yang ditentukan dan menjaga jarak selamat sekurang-kurangnya satu meter ketika berbaris untuk makan atau ketika menggunakan kemudahan lebuh raya ketika ini

 

Bernama

bernama@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

  +  53  =  55