Konflik Afghanistan : Australia teruskan operasi pemindahan

 Konflik Afghanistan : Australia teruskan operasi pemindahan

Foto- AFP

KUALA LUMPUR, 25 Ogos — Australia meneruskan operasi pemindahan dari Afghanistan dengan lebih 450 orang lagi telah berjaya diterbangkan keluar dari Kabul ke pangkalan tentera negara itu di Timur Tengah pada Ahad lepas.

Perdana Menteri Scott Morrison berkata, mereka yang dipindahkan termasuk warganegara Australia, pekerja Afghanistan dan pemegang visa kemanusiaan.

“Ia menjadikan lebih 1,000 orang keseluruhannya yang berjaya kami pindahkan bersama United Kingdom sepanjang operasi setakat ini.

“Ia bukan sahaja melibatkan warga Australia, tetapi merangkumi sebilangan besar pekerja tempatan dan pemegang visa kemanusiaan Afghanistan,” katanya pada sidang media di Canberra.

Sementara itu warga Amerika Syarikat yang dibawa keluar dari Afghanistan telah selamat tiba di utara Virginia sebelum dibawa ke pusat penempatan sementara di Chantilly.

Pesawat yang membawa mereka mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Dulles pada Ahad.

Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden memaklumkan, operasi pemindahan warga Amerika dari lapangan terbang Kabul ditingkatkan pada hujung minggu dan seramai 11,000 orang telah dibawa keluar dalam tempoh 36 jam. — Agensi

suraya ali

suraya@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

2  +  7  =