KOMUNITI: Nama klasik jalan untuk pembelajaran sejarah

 KOMUNITI: Nama klasik jalan untuk pembelajaran sejarah

KOTA BELUD, 15 Jun – Jika disebut Kampung Tanjung Pasir, generasi muda pasti memahaminya kerana menggunakan bahasa Malaysia, namun sebaliknya sekiranya menggunakan bahasa klasik ataubahasa ibunda, Bajau iaitu `Torong Ungusada belia dan remaja yang tidak tahu makna atau lokasi kampung terbabit.

Sebenarnya, di sebalik nama klasik ada sejarah yang boleh dipelajari generasi muda, sejarah asal nama kampung dalam bahasa etnik pribumi dan punca perubahannya kepada bahasa Melayu.

Sehubungan itu, penduduk Kampung Tanjung Pasir, di sini sepakat untuk menamakan laluan ke rumahpenduduk mengikut nama asal lokasinya sebelum diwartakan kepada nama sekarang.

Antara nama yang dipilih adalah Torong Ungus dalam bahasa Bajau yang bermaksud `hujung pasiratau Tanjung Pasir, selain Bua Bekat.

Torong Ungus asalnya adalah sebahagian daripada Kampung Labuan sebelum ditukar nama kepada Tanjung Pasir berikutan pewartaan kampung itu pada 1980-an.

Bua Bekat pula adalah muara kecil di Sungai Tempasuk yang merentasi Kampung Tanjung Pasir.

Muara kecil sungai berkenaan seakan memutuskan sungai sebab itulah dikenali `Bua Bekat’, bahasa Bajau bermaksud `Kuala Terputus’.

Di Bua Bekat ada anak sungai yang mengalir ke kampung Labuan, bersebelahan kampung itu yang kini dikenali `Suang Matai’ yang bermaksud Sungai Mati kerana cetek dan airnya tidak lagi mengalir.

Bagaimanapun, kini ada usaha untuk memulihkan sungai itu dan dialirkan semula ke Sungai Tempasuk.

Sungai di Kampung Tanjung Pasir, Kota Belud yang dulu wujud sebuah pulau kecil dikenali Pulau Gentisan

Di Bua Bekat juga dulu ada jeti mini dikenali`pengkaandalam Bahasa Bajau tempat perahu berlabuh, pelantar tempat ambil air, berwudhu, mandi dan membasuh pakaian.

Lebih istimewa kanak-kanak yang berkhatan secara kampung menggunakan khidmat tok mudim juga mandi di Bua Bekat sebelum dikhatankan di tempat khas dalam hutan dekat Kampung Torong Ungus.

Penggiat seni dari Kampung Tanjung Pasir, AwangMasri Daud, berkata ilham untuk menamakan lorong dan jalan kampung di kampung itu menggunakan nama klasik adalah sebahagian usaha untuk memartabatkan bahasa ibunda sebagai sebahagian daripada pembelajaran sejarah.

Katanya, banyak lagi nama klasik boleh diketengahkan seperti Pulau Gentisan, iaitu pulau kecil di Kampung Tanjung Pasir pada zaman silam, selain`Gantang Lasa’ iaitu gong pembesar tempatan yang dipalu sebagai isyarat mengenai ketibaan seorang pembesar di jeti Pulau Gentisan pada zaman silam.

Lorong Torong Ungus dan Bua Bekat nama klasik di Kampung Tanjung Pasir, Kota Belud.

Pulau Gentisan dikatakan berhampiran Empulau sebuah lokasi di kampung Tanjung Pasir. Empulau bermaksud `sebuah pulau’. Sebuah lagi lokasi dalamKampung Tanjung Pasir adalah Suang Karang (Sungai Karang).

Sebelum ini, kami menamakan semula Masjid Tanjung Pasir sebagai Masjid As-Salam sempena nama pengasasnya dikenali Haji Abdul Salam, juga sebahagian daripada pembelajaran sejarah tempatan. Nama asal masjid itu adalah Balai Diah,” katanya.

Balai Diah direkodkan sebagai masjid tertua di Kota Belud yang dibina sekitar tahun 1740 hingga 1778 berdasarkan teks khutbah lama di masjid berkenaan yang antara kandungannya mendoakan kesejahteraan Sultan Brunei Darussalam, Almarhum Sultan Omar Ali Saifuddin yang memerintah Brunei pada pada tahun berkenaan.

Khutbah dikenali `Khutbah Ilahuseperti syair dalam bahasa Arab digunakan sebagai khutbah Jumaat dan Aidilfitri serta Aidiladha.

Walaupun ada tiga Sultan Brunei menggunakan nama Sultan Omar Ali termasuk Sultan Omar Ali Saifuddin II yang memerintah pada 1828 hingga 1852 dan Sultan Omar `Ali Saifuddien Sa’adul KhairiWaddien (1950-1967), namun pemimpin tempatan di Kampung Tanjung Pasir dan sekitarnya yakin masjid itu dibina sekitar 1740 hingga 1778.

Pada abad ke-15, keseluruhan wilayah utara PulauBorneo meliputi Sabah berada di bawah empayar Brunei dan ke kemuncak kekuasaannya apabila berlaku perang saudara pada tahun 1650 yang melemahkan empayar Brunei.

Dalam pada itu, berdasarkan cerita lisan pemimpin masyarakat Kampung Labuan, Tanjung Pasir, dan Wakap, Pahlawan Sabah, Datu Paduka Mat Salleh pernah bersembahyang di Balai Diah dan berwasiat supaya masjid itu dijadikan tempat perlindungan apabila diserang tentera British dan Jepun.

Dilaporkan ada batu yang dipacak oleh Paduka Mat Salleh dekat masjid itu, namun gagal dikesan yang sekali gus kampung itu kehilangan bahan arkeologisebagai bukti sejarah.

Justeru, sejarah kampung itu seharusnya direkod dan diterbitkan untuk rujukan generasi masa depan dan usaha menamakan jalan kampung menggunakan nama klasik diyakini membantu mencapai matlamat berkenaan.

Mohd Azrone Sarabatin

Azrone@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

40  −  34  =