Komuniti gelandangan berumahtangga di kaki lima

 Komuniti gelandangan berumahtangga di kaki lima

Oleh Nurman Nasyriq

JOHOR BAHRU, 30 Jan: Langit ibarat bumbung, kaki lima seperti tilam dan orang ramai yang lalu-lalang tidak menjadi halangan untuk mereka mendiami atau berumahtangga di kaki lima.

Itu mungkin antara yang boleh digambarkan mengenai kehidupan sekelompok individu yang hidup terlantar atau menjadi gelandangan di bandar raya ini. 

Kisah komuniti gelandangan di sini bukan cerita baharu. Jumlahnya tidak pernah susut dan setiap seorang daripada mereka mempunyai kisah tersendiri.

Bagi seorang gelandangan dari Kota Marudu, Sabah yang hanya mahu dikenali sebagai Man, 42, tidak pernah terbayang sebelum ini untuk hidup dalam keadaan serba sulit begitu.

“Saya keluar dari kampung pada 2009 untuk merantau mencari kerja di Singapura. Pada 2015 saya berhenti dan bekerja pula di sini bagi menyambung hidup. Saya tidak bercadang untuk balik ke kampung kerana tiada kerja,” katanya ketika ditemui.

Beliau akan datang ke Laman Tun Sri Lanang di bandar raya ini dua kali hari untuk mengambil makanan. “Saya sudah tidak bekerja, tetapi hidup kalangan gelandangan di sini seperti bersaudara.”

Bagi Man, tiada siapa pun mahu hidup menjadi gelandangan tetapi disebabkan desakan hidup, tiada kerja tetap dan tidak mahu menyusahkan orang lain, maka beliau tiada pilihan lain kecuali hidup di kaki lima atau mana-mana ruang yang membolehkannya tidur dan berteduh.

Azman: Ingin kembali ke pangkuan keluarga di Kelantan

Bagi pasangan suami isteri, Azman dan Wati dari Kuara Krai, Kelantan yang terkandas di bandar raya ini kerana tidak mempunyai pekerjaan, merasakan hidup di bandar raya ini terlalu perit kerana kosnya tinggi.

Pasangan itu yang bergantung dengan makanan yang disumbangkan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) kepada gelandangan di bandar raya ini. Mereka berharap dapat kembali ke pangkuan keluarga di Kelantan, secepat mungkin.

Azman yang sebelum ini bekerja di sebuah bengkel terpaksa diberhentikan kerja sejak dua bulan lalu berikutan pendapatan bengkel yang semakin merosot dan sehingga kini tidak dapat pekerjaan baharu.

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

  −  1  =  1