Komen menghina boleh dipenjara setahun

 Komen menghina boleh dipenjara setahun

Perbuatan viral sehingga membuka aib seseorang boleh didakwa dan dipenjara

Oleh Sang Ratu

KUALA LUMPUR, 8 Januari 2022 – Tahukah anda komen berbaur hinaan, hasut orang lain membenci, merendah-rendahkan maruah serta reputasi seseorang di platform media sosial boleh didakwa dan dipenjarakan.

Perbuatan siber buli boleh dikenakan tindakan undang-undang dibawah Seksyen 211 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 yang membawa hukuman maksimum denda RM50,000, boleh dikenakan penjara setahun atau kedua-duanya sekali.

Peguam terkenal merangkap bekas seorang majistret, Aminahtul Mardiyah, menegur sikap netizen yang memberi komen berbaur hinaan melampau tanpa mengetahui mereka boleh didakwa.

Aminahtul Mardiyah

“Hari ini saya nak cakap pasal siber buli di media sosial sekarang sudah menguasai kehidupan semua orang,
buat posting yang menghina orang lain, menjatuhkan maruah orang lain, memberi ugutan kepada orang lain.

“Recently, berlaku satu isu siber buli yang mana salah seorang influencer TikTok telah dibuli secara siber, content dibuat untuk menghina dia, keji dia tak pakai tudung, colour rambut, which is wrong.

“Satu, morally, you tuhan ke? You nak cakap pasal orang punya dosa pahala ni. Menegur orang ada caranya,” katanya menerusi TikTok miliknya yang tular di media sosial dengan lebih 160,000 pengikut.

Beliau adalah personaliti di TikTok dengan content memberi kesedaran berkaitan undang-undang.

Antara komen berbaur hinaan netizen yang boleh didakwa

Perbuatan viral sehingga membuka aib seseorang tidak seharusnya berlaku dan tidak adil jika mangsa dihukum disebabkan satu kesilapan atau kesalahan lampaunya.

Mangsa akan mendapat tekanan, malah lebih buruk sekiranya ia membabitkan keluarga khususnya ibu bapa.

Tambahnya, komen berbaur hinaan adalah kesalahan jenayah.

“Kalau you ugut, boleh jadi Seksyen 570 Kanun Keseksaan sebab you tidak personally kenal dia.

“Ada banyak lagi kesalahan yang boleh timbul daripada Akta Buli Siber yang you all buat di media sosial
jangan sebab kita tak nampak muka you, kita tak kenal muka you, ingat tak boleh buat report polis against you, ambil tindakan against you.

” Kita ni dah tahun 2022. hidup itu biar ada adab sikit you nak tegur orang ada caranya. Bukan dengan membuli, menghina, mengkeji, mencaci. Be better please, be better,” katanya menutup kata-ENDS

Tun Puteh Wanti

sangratu@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

36  −    =  34