Kolobrasi Layla Sania dan Bunga dalam single berbahasa Mandarin?

 Kolobrasi Layla Sania dan Bunga dalam single berbahasa Mandarin?

PETALING JAYA: Penyanyi tempatan Layla Sania yang melancarkan dua single, By Your Side dan Traveler  tahun ini mencapai populariti dengan melodi yang lembut dan lirik berkonsepkan inspirasi.

Sebelum tahun 2021 berakhir, Layla mencabar diri dengan membawakan lagu rancak pertamanya, sebagai satu hadiah untuk peminat yang berjudul BAMBINO.

Lyla Sania kiri, Bunga kanan

BAMBINO secara keseluruhannya mempamerkan senario yang jelas. Penceritaan BAMBINO adalah berkonsepkan kepada pemikiran anak muda daripada pelbagai aspek terpencil dalam konteks kehidupan dan pekerjaan.

Istilah penyampaian yang digunakan juga adalah bersesuaian dan bertepatan dengan jalan penceritaan. Ketidaksamaran juga diaplikasikan melalui suara anak muda, sebagai contohnya “Jangan bimbang tentang hitam dan putih dan betul dan salah.

Kini, terdapat sepuluh ribu jenis gincu merah di dalam dunia orang dewasa. Adalah mustahak untuk mempamerkan fleksibiliti dan jika anda merupakan individu yang serba boleh, anda harus menguasai hubungan interpersonal.

Anda boleh mencapai kepuasan dalam duniawi jika anda sedar akan waktu yang tepat untuk mengelak daripada pekara yang tidak perlu dalam kehidupan”. 

Ia menceritakan tentang proses kehidupan dalam pelbagai sudut selain daripada norma betul dan salah dalam hidup. Kepentingan kepada jurang fleksibiliti dan hubungan interpersonal yang kukuh adalah tunjang kepada corak kehidupan di tempat kerja.

Intipati lirik juga memberikan petunjuk bahawa mengapa kini orang muda suka memelihara haiwan peliharaan

“Saya lebih rela mengadaptasikan Bambino tanpa sebarang penganiayaan kata-kata dan perbuatan.

“Sekurang-kurangnya saya mempunyai pendengar yang ikhlas dan setia. Keselesaan yang paling diperlukan adalah pemahaman terhadap ikatan jiwa mendalam kepada sanubari hati,” ujar Layla

BAMBINO ditulis oleh pemuzik Malaysia terkenal Chen Hai Wei dan Sun Pei Jia untuk Layla, Chen Hai Wei mempunyai pengalaman bekerja bersama Andy Lau, Huang Xiao Hu, Richie Ren.

Irama dan lirik yang dinamik dan signifikan ini, telah  berjaya memberikan cabaran  baru kepada Layla.

“Saya terus suka lagu itu ketika mendengar demo, gayanya sangat segar dan ia adalah sesuatu yang Layla tak pernah cuba, dan saya teruja sangat bila dapat tahu duet lagu ni ialah kawan baik saya Bunga!

“Lagipun ini single Mandarin pertama bagi Bunga, menjadikan lagu ni lagi istimewa bagi kita berdua!,” ujar Layla.

“Ini adalah lagu Mandarin pertama saya, dan saya sangat gembira dan teruja diberi cabaran ini, ia merupakan suatu perjalanan yang luar biasa bagi diri saya”, kata Bunga.

Izz Fizz

izz@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

  −  1  =  1