Kluster tempat kerja turun 10 peratus

 Kluster tempat kerja turun 10 peratus

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin

KUALA LUMPUR, 22 Jun – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Institut Kesihatan Negara (NIH) merekodkan penurunan sebanyak 10.3 peratus bagi kluster di kalangan tempat kerja.

Menurut kenyataan KKM di Twitter hari ini, laporan Minggu 24 (13 – 19 Jun) merekodkan sebanyak 142 kluster baharu secara keseluruhan, kurang 7.8 peratus dari laporan Minggu 23 (6 – 12 Jun) yang merekodkan 154 kluster baharu.

Selain itu, KKM merekodkan sebanyak 31 kluster komuniti bagi Minggu 24, penurunan sebanyak 3.1 peratus manakala tiada kluster baharu dari aktiviti keagamaan.

Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 dilihat menjadi faktor utama kepada penurunan keseluruhan kluster baharu sekali gus memberikan sinar kepada pemulihan negara.

Sementara itu, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin berkata mulai 21 Jun, Fasa 3 bagi PICK telah diaktifkan di Kuala Lumpur yang mengambil kira kadar peratusan warga emas berdaftar dimana 99 peratus daripadanya telah menerima suntikan vaksin dos pertama atau janji temu vaksin mereka.

Tambahnya, warga emas terus diletakkan dalam senarai keutamaan untuk diberikan suntikan vaksin sebaik mereka berdaftar.

“Bermula 21 Jun sehingga 30 Jun, sebanyak 757,747 janji temu berjadual telah diberikan di seluruh negara. Mesyuarat JKJAV minggu ini akan putuskan kaedah penggunaan vaksin Pfizer untuk golongan remaja.

“Setakat ini, sebanyak 782 fasiliti kesihatan melibatkan pengamal perubatan swasta telah beroperasi seawal 3 Mei. Kesemua fasiliti ini memberikan suntikan sebanyak 93,358 sehari,” katanya.

Menurut Khairy, purata pemberian vaksin sepanjang minggu lepas meningkat dengan jumlah 189,329 berbanding minggu sebelumnya 130,842.

Perkembangan baik ini menunjukkan bahawa Malaysia masih berlangkah kanan dalam peperangan menentang wabak COVID-19. Walaupun peperangan ini belum berakhir, masyarakat perlu meneruskan pematuhan SOP serta menggalakkan vaksinasi di kalangan komuniti.

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

37  +    =  44