Kluster tempat kerja terus meningkat

 Kluster tempat kerja terus meningkat

KUALA LUMPUR, 15 Jun — Kluster jangkitan COVID-19 di  tempat kerja dilaporkan meningkat biarpun kes jangkitan harian dilaporkan menurun. Setakat 14 Jun 2021 iaitu semalam, sebanyak 1,328 kluster tempat kerja dilaporkan.

Dari jumlah tersebut seramai 624,246 orang telah disaring manakala seramai 147,040 orang dilaporkan positif COVID-19 dengan kadar positiviti sebanyak 23.6 peratus.

Sektor perkilangan merekodkan jumlah tertinggi dengan 195,156 kes dan 639 kluster sahaja bagi sektor tersebut.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, warga asing memonopoli kes positif dengan 68 peratus (100,086 kes) manakala warga tempatan hanya 32 peratus (46,954).

“Trend kes menunjukkan penurunan dalam dua minggu ini, namun kluster tempat kerja terus menyumbang kepada pertambahan kluster baharu di Malaysia.

Antara 5 kluster tempat kerja yang aktif mencatatkan kes tertinggi adalah dari sektor perkilangan iaitu Kluster Jalan Salak Tinggi di Selangor, Kluster Industri Senawang di Negeri Sembilan dan Melaka, Kluster Industri Batu Berendam, Melaka, Kluster Jalan Padang Tembak di Kelantan dan Terengganu.

Manakala bagi sektor perkhidmatan, Kluster Tok Has di Terengganu, katanya dalam satu kenyataan semalam.

 

Zuan Azmi

zuan@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

69  +    =  72