Klopp sindir wartawan Sepanyol

 Klopp sindir wartawan Sepanyol

Klopp tinggalkan sesi temu ramah. FOTO SS

KUALA LUMPUR, 20 Okt – Bos Liverpool, Jurgen Klopp meninggalkan temu ramah selepas perlawanan dengan mendakwa menerima layanan seperti ‘orang bodoh’ kerana dilabel ‘tidak mesra’ oleh wartawan Sepanyol yang menuduhnya sangat marah selepas Diego Simeone enggan berjabat tangan.

Insiden berlaku selepas Atletico Madrid tewas 2-3 kepada Liverpool pada perlawanan Kumpulan B Liga Juara-Juara (UCL) di Madrid, hari ini.

Simeone enggan berjabat tangan dengan Klopp ketika perlawanan tamat sebaliknya terus berlari ke terowong pemain selepas Atletico Madrid tewas di tempat sendiri.

Klopp kelihatan seperti langsung tidak tertarik malah menunjukkan tanda isyarat bagus ‘thumbs-up’ ketika Simeone berlari ke terowong pemain sebelum bersalaman dengan jurulatih dari Argentina itu dan kakitangan kejurulatihan.

Pengendali Jerman itu berkata: “Kenapa saya marah? Saya bukan bodoh seperti itu yang anda boleh persoalkan seperti itu. Saya tidak marah sama sekali.

“Cuba lihat. Saya boleh bayangkan anda mahu membuat cerita mengenainya tetapi saya mahu bersalaman
dengannya tetapi dia (Simeone) tidak mahu.

“Pada ketika itu, saya boleh faham mengenainya kerana bergegas lari ke dalam terowong. Dia beremosi dan saya beremosi. Anda bukanlah orang yang baik kerana anda hendak buat cerita mengenainya.

“Anda kata saya marah, bila masa saya marah? Sekarang saya marah kerana soalan anda, janganlah begitu.”

Ketika ditemuramah dia sangat serius, Klopp berkata ‘yeah yeah’ sebelum meninggalkan sesi itu.

Esme Johari Wahab

http://wacana.my

esme.johari@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *