• Monday, 21 June 2021, 3:30 am

KL Tak Menjerit

 KL Tak Menjerit

Foto Supian Ahmad (wacana.my)

Oleh Supian Ahmad

KUALA LUMPUR, 1 Jun — Beberapa lokasi tumpuan di sekitar ibu negara dilihat lengang pada hari pertama pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Penuh Fasa 1 yang bermula hari ini sehingga 14 Jun depan.

Wacana.my membuat tinjauan di empat lokasi utama, Brickfields, Chow Kit, Jalan Bukit Bintang dan Pasar Seni, kebanyakkan premis perniagaan menutup operasi mereka hari ini seperti yang diarahkan kerajaan.

Hanya beberapa jenis perniagaan yang masih meneruskan operasi seperti restoran, bengkel, kedai menjual alatan ganti dan beberapa perniagaan yang termasuk dalam Perkhidmatan Perlu.

Perkhidmatan pengangkutan awam seperti teksi, bas dan penghantar makanan masih beroperasi seperti biasa.

Dalam pada itu, turut kelihatan di jalan raya kenderaan polis yang sedang menjalankan pemeriksaan Prosedur Operasi Standard (SOP) di premis-premis yang dibenarkan beroperasi.

28 Mei lalu, Kerajaan mengumumkan penutupan penuh sektor sosial dan ekonomi bermula 1 hingga 14 Jun depan untuk Fasa Pertama di seluruh negara.

Sepanjang tempoh itu, semua sektor tidak dibenarkan beroperasi, kecuali sektor ekonomi dan perkhidmatan perlu yang disenaraikan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Supian Ahmad

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *