KKMM tingkatkan pelaburan pelan Jendela di Kelantan kepada RM1 billion

 KKMM tingkatkan pelaburan pelan Jendela di Kelantan kepada RM1 billion

Tan Sri Annuar Musa

KUALA LUMPUR, 21 Okt — Kementerian Komunikasi dan Multimedia tambah baik program Jalinan Digital Negara (JENDELA) di Kelantan.

Penambahbaikan itu melibatkan peningkatan jumlah pelaburan daripada RM700 juta kepada lebih RM1 bilion.

Menterinya, Tan Sri Annuar Musa berkata langkah itu bertujuan untuk menambah baik infrastruktur telekomunikasi di Kelantan.

“Pelan Jendela di Kelantan telah ditambah dengan inisiatif-inisiatif baru melalui pembinaan menara-menara baru, perkhidmatan jalur lebar secara percuma kepada masyarakat orang asli menggunakan teknologi satelit,” katanya.

Selain itu kerja-kerja pemasangan gentian optik berkelajuan tinggi di beberapa premis kediaman turut dilakukan.

Annuar yang juga Ahli Parlimen Ketereh yakin kerjasama dengan kerajaan negeri amat penting bagi menjayakan pelan Jendela buat Keluarga Malaysia.

Pelan Jendela merupakan pelan tindakan yang akan menjadi platform penambahbaikan komunikasi digital negara di bawah Rancangan Malaysia ke-12 (2021–2025).

Pelan Jendela dirangka melalui satu sesi makmal, menjadi landasan penyediaan liputan perkhidmatan jalur lebar menyeluruh dan berkualiti tinggi, serta mempersiapkan negara untuk peralihan kepada teknologi 5G secara mantap.

Pelan itu akan menyediakan akses kepada pengguna untuk menilai liputan dan kualiti perkhidmatan serta membolehkan perancangan dan pembinaan infrastruktur digital dimudahcara oleh pelbagai kementerian dan agensi termasuk di peringkat negeri, supaya perkhidmatan jalur lebar yang menyeluruh dan berkualiti tinggi dapat diberikan kepada pengguna dalam kadar yang lebih segera.

suraya ali

suraya@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *