KKMM setuju tambah baik insentif FIMI – Finas

 KKMM setuju tambah baik insentif FIMI – Finas

KUALA LUMPUR, 15 April — Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) bersetuju menambah baik pelaksanaan Insentif Penerbitan Filem di Malaysia (FIMI) yang berkuat kuasa 9 April lepas, seperti yang dicadangkan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas).

Finas dalam kenyataan memaklumkan penambahbaikan itu meliputi sektor domestik iaitu perubahan kategori Qualifying Malaysian Production Expenditure (QMPE) daripada tiga kategori kepada hanya satu iaitu melibatkan perbelanjaan minimum sebanyak RM1 juta, layak dipertimbangkan 30 peratus rebat tunai.

“Kedua, penurunan QMPE pasca produksi daripada RM500,000 kepada RM250,000 bagi setiap projek layak dipertimbangkan 30 peratus rebat tunai dan pemberian rebat tambahan (cultural test) bagi produksi yang memaparkan genre bercorak kenegaraan dan patriotisme,” katanya dalam kenyataan di sini, malam ini.

Bagi sektor asing pula, QMPE pasca produksi diturunkan daripada RM1.5 juta kepada RM1 juta bagi setiap projek, layak dipertimbangkan 30 peratus rebat tunai dan pemberian rebat tambahan bagi produksi yang memaparkan nilai budaya tempatan atau elemen tradisi.

Menerusi Belanjawan 2021 yang dibentangkan pada November lepas, kerajaan mengumumkan penambahbaikan insentif itu dengan anggaran peruntukan sebanyak RM40 juta bagi memacu semula pelaburan dalam sektor perfileman negara.

Selain itu, Finas juga bersetuju untuk menawarkan Dana Kenegaraan di bawah inisiatif Pelan Langkah Segera Ekonomi Industri Kreatif (PELAKSANA) 3.0 bagi penghasilan drama bersiri dan supertele menerusi kerjasama strategik dengan stesen penyiar kerajaan iaitu Radio Televisyen Malaysia (RTM).

Menurut kenyataan itu, permohonan dana itu akan dibuka mulai 26 April ini.

Bernama

bernama@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

28  −    =  19