• Sunday, 20 June 2021, 2:45 pm

KKM perlu sukarelawan lawan COVID-19

 KKM perlu sukarelawan lawan COVID-19

Foto WMY/Supian Ahmad

KUALA LUMPUR, 28 Mei – Kementerian Kesihatan (KKM) dalam satu kenyataan mempelawa penglibatan Sukarelawan Kesihatan bagi membantu KKM menangani wabak COVID-19.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, jawatan yang ditawarkan adalah Pegawai Perubatan, Pegawai Pergigian, Penolong Pegawai Perubatan, Jururawat, Pegawai Kesihatan Persekitaran, Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran dan Juruteknologi Makmal Perubatan.

“KKM menyeru penglibatan sukarelawan kesihatan untuk membantu KKM dalam menangani pandemik ini. Selain itu, tenanga sukarelawan ini amat diperlukan bagi meringankan beban yang dipikul petugas kesihatan di seluruh negara,” katanya menerusi akaun rasmi Twitternya.

Syarat-syarat menyertai khidmat sukarelawan ini adalah berusia 18 hingga 60 tahun, bukan anggota KKM, sihat dan cergas fizikal dan mental, tidak mengandung bagi wanita, mendapat kebenaran majikan bagi yang bekerja, sanggup bertugas di pelbagai lokasi dan tiada sejarah kontak rapat dengan kes COVID-19 dalam masa 14 hari.

Bagaimanapun, KKM menyatakan segala kos sepanjang berkhidmat adalah ditanggung oleh sukarelawan sendiri.

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *