KKM bakal kuat kuasa undang-undang perokok, hisap vape

 KKM bakal kuat kuasa undang-undang perokok, hisap vape

KUALA LUMPUR, 28 Jan 2022 : Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin bakal menguatkuasa undang-undang melarang penjualan tembakau dan produk rokok lain (vape) kepada remaja.

Undang-undang terbabit dijangka akan digubal tahun ini bermatlamat membentuk generasi tidak merokok.

“Menerusi undang-undang ini semua penjualan tembakau dan produk rokok lain dilarang kepada sesiapa yang dilahirkan selepas 2005 (atau 17 tahun pada tahun 2022) dan Malaysia merasakan ia memberi impak besar dalam mencegah dan mengawal Penyakit Tidak Berjangkit (NCD).

“Undang-undang ini adalah sama seperti yang dilaksanakan beberapa Pejabat Serantau bagi Pasifik Barat (WPRO) di negara lain,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapan intervensi pada Mesyuarat Lembaga Eksekutif WHO Sesi ke-150 di Geneva, Switzerland, semalam.

Teks ucapan beliau dikeluarkan di laman web rasmi KKM.Khairy berkata, Malaysia akan menyelaras Pelan Strategik Kebangsaan NCD dan Kertas Putih Mengenai Penjagaan Kesihatan Masa Depan dengan Hala Tuju Pelaksanaan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar mengetuai delegasi Malaysia ke Mesyuarat Lembaga Eksekutif Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) Sesi Ke-150 di Geneva, Switzerland bermula Isnin ini hingga 29 Januari 2022.

Turut sama dalam delegasi tersebut ialah Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dan pegawai-pegawai kanan KKM.

Mesyuarat Lembaga Eksekutif (Executive Board – EB) WHO merupakan mesyuarat berkala yang dihadiri oleh Menteri-Menteri Kesihatan, Ketua Ketua Pengarah Kesihatan dan pakar-pakar dalam bidang berkaitan

Berbalik kepada isu NDC, Khairy berkata, pelaksanaan itu memberi panduan penting tentang program negara masing-masing dalam mencapai matlamat berkaitan NCD.

“Satu daripada pengajaran utama dipelajari dalam menguruskan pandemik COVID-19 ialah keberkesanan pendekatan seluruh negara.

“Begitu juga dalam mencegah dan mengawal NCD, kita memerlukan pendekatan menyeluruh di peringkat nasional dan subnasional dengan kerjasama pelbagai pihak melibatkan kerajaan, masyarakat sivil, sektor swasta dan masyarakat tempatan,” katanya.

Khairy berkata, Malaysia ingin menyokong laporan mengenai deklarasi politik berkaitan pencegahan dan kawalan NCD.

“Walaupun adalah luar biasa untuk meletakkan begitu banyak sub-item agenda di bawah satu perkara, terutama apabila NCD menyumbang kepada beban penyakit terbesar dunia, Malaysia memperakui masa yang diperuntukkan untuk membincangkan perkara penting itu,” katanya.

Mengenai Agenda Kesihatan Nasional yang dilancarkan baru-baru ini, Khairy berkata, ia melangkaui program promosi kesihatan biasa kerana kerajaan mahu ia menghasilkan pendekatan ‘Kesihatan dalam Semua Polisi’ yang mana setiap pemegang taruh mengutamakan kesihatan selain menggalakkan pelbagai kementerian untuk memikirkan sumbangan mereka kepada agenda kesihatan negara.

“Bagaimana persekitaran terbina dan perancangan bandar boleh membawa kepada hasil kesihatan yang baik? Bagaimanakah dasar pertanian meningkatkan kemampuan makanan sihat? Bagaimanakah kita bercakap mengenainya dan bertindak berdasarkan penentu sosial hasil kesihatan? Pendekatan ‘Kesihatan dalam Semua Polisi’ adalah penting untuk hasil yang lebih baik bagi mencegah dan mengawal NCD,” katanya.

Malaysia turut bersetuju dengan fokus WHO terhadap pembabitan semua sektor masyarakat, dan Khairy berkata selepas dua tahun dimaklumkan apa yang perlu dilakukan, penduduk memerlukan pembabitan yang membina dan pemerkasaan komuniti untuk menyokong agenda seluruh negara bagi mencegah dan mengawal NCD.

“Disebabkan kewujudannya di “Disebabkan kewujudannya di mana-mana, kami mempunyai akibat tidak diingini daripada pendaftaran seluruh penduduk pada platfrom digital. Kami sedang memikirkan cara menggunakan semula platform digital yang berkuasa ini untuk menawarkan perkhidmatan kesihatan bagi NCD dan kesihatan mental, terutama di peringkat penjagaan kesihatan primer,” kata Khairy.

Khairy berkata, Malaysia turut meminta agar kesihatan mental menjadi agenda utama pada masa depan kerana perkara itu patut diberi perhatian oleh WHO, terutama selepas pandemik.

Sebagai rekod, beliau berkata, Malaysia menyokong saranan untuk mengukuhkan pencegahan dan kawalan diabetes serta mencegah dan mengurus obesiti sepanjang hayat, Draf Strategi Global Kesihatan Pergigian, resolusi untuk mempercepat penghapusan kanser serviks dan bersetuju untuk Pelan Tindakan Global Antara Sektoral mengenai Epilepsi dan Gangguan Neurologi Lain.

Tun Puteh Wanti

sangratu@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

  +  26  =  35