K’jaan tidak gagal, masih berfungsi seperti biasa

 K’jaan tidak gagal, masih berfungsi seperti biasa

JELI, 10 Jul — Pentadbiran kerajaan masih lagi berfungsi seperti biasa dan berkesan dalam memastikan ekonomi negara termasuk nasib rakyat terus terbela dalam tempoh pandemik COVID-19.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata walaupun terdapat kekurangan, setiap pemimpin negara ini terbuka dengan segala kritikan serta pendapat pelbagai pihak khususnya mereka yang terdiri daripada pakar dalam bidang tertentu bagi menambah baik kelemahan yang ada.

“Kerajaan gagal bermakna ia lumpuh tetapi di Malaysia, Alhamdulillah pentadbiran dan institusi awam termasuk swasta masih berjalan seperti biasa, malah semua ahli politik juga bekerja untuk memastikan nasib rakyat terbela.

“Kita (kerajaan) tidak sempurna dan kita akan terus berbincang untuk menangani segala krisis terutama aspek kesihatan dan ekonomi kerana rakyat mengharapkan pembelaan daripada semua pemimpin,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengagihkan sumbangan di bawah Program Bantuan Bakul Makanan menerusi pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) kepada penduduk Kampung Berdang pada Sabtu.

Mustapa berkata kerajaan akan cuba sebaik mungkin demi kebaikan negara dengan merangka pelbagai strategi antaranya menerusi pakej-pakej bantuan yang diumumkan sebelum ini.

Fazlan

fazlan@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *