“KJ perlu dekati golongan antivaksin dengan bukti saintifik” – Dr Sheikh Muszaphar

 “KJ perlu dekati golongan antivaksin dengan bukti saintifik” – Dr Sheikh Muszaphar

KUALA LUMPUR, 23 Okt — Angkasawan negara, Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor mahu Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar menggunakan bukti saintifik dan perbincangan lebih lanjut untuk mendekati golongan antivaksin.

Dalam tulisan beliau di media sosial, Dr Sheikh Muszaphar turut melahirkan rasa kurang setuju beliau dengan pendekatan diambil Menteri terhadap golongan terbabit.

“Golongan ini berbeza dengan antivaksin kerana mereka hanya menolak vaksin COVID-19,” katanya.

Pakar ortopedik itu berpendapat, golongan antivaksin itu kurang peka dan jumlah mereka hanyalah kecil iaitu sebanyak lima peratus sahaja.

“Sebagai orang berilmu, dekati mereka dengan ilmu bukti saintifik dan adakan perbincangan lebih lanjut.
Adalah lebih baik perjumpaan diadakan untuk memudahkan penerangan lebih jelas diberikan kepada
mereka.

“Ada sebab mereka bertindak demikian. Sebagai orang berilmu, kita harus approach mereka dengan ilmu
juga” katanya.

Menurut beliau, setiap orang ada hak memilih apa mereka inginkan dalam hidup mereka. Jadi tidak perlu untuk menggunakan ugutan. Kita hidup dalam dunia bertamadun. Sudah pasti ada pendekatan untuk  membantu membantu golongan ini.

“Meet, greet and try to approach them. Explain to them in a humble way,” katanya.

Dr Sheikh Muszaphar yang lengkap dua dos vaksin turut memahami mengapa wujudnya golongan yang
enggan menerima suntikan vaksin COVID-19.

Esme Johari Wahab

http://wacana.my

esme.johari@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *