Kitingan: Status Yang Dipertua Negara Sabah perlu dikembalikan

 Kitingan: Status Yang Dipertua Negara Sabah perlu dikembalikan

Datuk Dr Jeffrey Kitingan

KUALA LUMPUR, 16 Dis — Sabah akan meminda perlembagaan negeri untuk mengembalikan gelaran gabenor daripada Yang di-Pertua Negeri kepada Yang di-Pertua Negara, kata Timbalan Ketua Menteri Jeffrey Kitingan.

Beliau berkata pindaan kepada Perlembagaan Persekutuan yang diluluskan oleh Parlimen semalam hanyalah langkah pertama ke arah mengembalikan status sebenar Sabah dan Sarawak dalam Persekutuan Malaysia.

“Ini penting kerana ia meningkatkan status kami,” kata Kitingan, yang juga merupakan Ahli Parlimen Keningau, dalam satu kenyataan hari ini.

“Kita perlu menanamkan dalam minda rakyat status sebenar Sabah, dan untuk itu, Sarawak, di Malaysia.”

Kitingan berkata pindaan itu akan dapat mengembalikan semula perkataan asal Ketua Negeri Sabah yang dahulunya dikenali sebagai Yang DiPertua Negara.

Beliau berkata satu lagi kelemahan dalam Perlembagaan Persekutuan ialah Perkara 160(2), yang mentakrifkan persekutuan seperti yang termakub di bawah Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1957.

“Sabah dan Sarawak bukan sebahagian daripada perjanjian tersebut. Takrifan ini perlu diperbetulkan kerana apabila perkataan persekutuan digunakan dalam Perlembagaan Persekutuan, ia hanya merujuk kepada negeri-negeri di Semenanjung,” katanya.

Di samping itu, kerajaan pimpinan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) juga akan terus berjuang mengembalikan semula autonomi Sabah sepenuhnya terutama dalam bidang pendidikan dan kesihatan.

Zuan Azmi

zuan@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

94  −  90  =