Kisona, Chong King sasar aksi positif di Sepanyol

 Kisona, Chong King sasar aksi positif di Sepanyol

S Kisona

KUALA LUMPUR, 14 Jun — Jaguh perseorangan wanita Sukan SEA 2019, S. Kisona sedang bersiap sedia untuk mempamerkan aksi positif dalam kejohanan badminton Antarabangsa Sepanyol yang dijadual diadakan dari 16 hingga 19 Jun.

Menurut Persatuan Badminton Malaysia (BAM) dalam kenyataan semalam, Kisona telah memperbaiki prestasinya, hasil latihan yang dijalaninya baru-baru ini dan berjanji untuk memberi tumpuan dalam kejohanan itu serta mempamerkan permainan yang terbaik.

‚ÄúSaya tidak mahu¬†mengaitkan¬†kejohanan yang bakal disertai ini dengan mana-mana pertandingan¬†terdahulu. Setiap kejohanan adalah¬†permulaan bagi saya¬†kerana masing-masing mempunyai tahap kesukaran¬†yang berbeza dan¬†cabaran¬†tersendiri,‚ÄĚ katanya dalam kenyataan.

Pemain berusia 22 tahun itu percaya dia telah melakukan penambahbaikan yang ketara semasa latihannya, di bawah bimbingan jurulatih Indra Widjaja, yang telah bekerja keras untuk mempersiapkannya menghadapi kejohanan itu.

Kisona berkata dia telah memperkuatkan mental dan berusaha memperbaiki kelemahannya yang merupakan kekangan baginya dalam kejohanan yang lalu.

Sementara itu, atlet perseorangan lelaki, Lim Chong King, yang telah berehat daripada menyertai mana-mana pertandingan untuk beberapa ketika, tidak mahu tertekan menghadapi kejohanan di Sepanyol itu.

“Persiapan saya¬†di tahap 80 peratus. Saya bernasib baik dan mendapat banyak¬†bantuan¬†sepanjang kem latihan kerana kerap¬†berpasangan¬†dengan¬†pemain perseorangan¬†utama negara,¬†Lee Zii Jia.

“Saya benar-benar tidak mahu memberi sebarang tekanan kepada diri sendiri. Jika saya¬†tertekan, saya bimbang ia boleh menjejaskan permainan saya. Perkara terbaik ialah tidak¬†terlalu memikirkannya dan hanya fokus¬†di gelanggang,” katanya.

Katanya, selain sesi berpasangan bersama Zii Jia, Ng Tze Yong dan Leong Jun Hao, dia juga memberi tumpuan latihan di gimnasium untuk meningkatkan staminanya.

Chong King dan Kisona telah mengambil ujian calitan COVID-19 dan disahkan negatif sebelum mereka berangkat ke La Nucia, Sepanyol, hari ini.

— BERNAMA

 

 

 

WMY

WMY@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

6  +  1  =