Kim Kardashian dedikasi kemenangan buat Kanye West

 Kim Kardashian dedikasi kemenangan buat Kanye West


LOS ANGELES : Selebriti sensasi, Kim Kardashian mendedikasikan kemenangannya di People’s Choice Awards buat bekas suaminya, Kanye West yang memperkenalkan dirinya keapa dunia fesyen.

Biarpun telah membawa haluan masing-masing, Kim mengakui figura bekas suaminya memainkan peranan penting dalam dunia fesyen. 

Selebriti popular itu menerima anugerah The Fashion Icon di 2021 People’s Choice Awards yang berlangsung di Santa Monica, California, Selasa lalu. 

“Saya jatuh cinta dengan fesyen dan terinspirasi dengan orang ramai. 

“Tetapi sekali lagi, ini seperti mimpi apabila saya bangun dan menggenakan pakaian hebat ini selain mencuba hal baru dan mengambil risiko,”katanya. 

Untuk rekod, Kim, 41, menfailkan penceraian mereka pada Februari lalu selepas dia dan Kanye tidak lagi tinggal sebumbung sejak beberapa bulan lalu.

Kanye, 44, tinggal di kediamannya di Wyoming, Amerika Syarikat manakala Kim bersama anak-anak mereka menetap di rumah agam pasangan itu di California.

Pasangan itu berkahwin pada 24 Mei 2014 di Florence, Itali. Hasil perkongsian hidup, mereka mempunyai empat cahaya mata iaitu North, 8, Saint, 6, Chicago, 3, dan Psalm, 2 tahun.

Farhana Ab Rahman

farhanabrahman@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

93  −    =  88