• Sunday, 20 June 2021, 9:32 am

Kilang senjata Israel ‘ditawan’ aktivis Palestin

 Kilang senjata Israel ‘ditawan’ aktivis Palestin

Kredit Foto: VXP/Vedat Xhymshiti

LONDON, 26 Mei – Beberapa aktivis kumpulan Tindakan Palestin memanjat bumbung dan mengibarkan bendera Palestin hingga menyebabkan kilang syarikat pembuat senjata Israel, Elbit Systems ditutup di bandar Tamworth, pada awal pagi Isnin.

Tindakan aktivis berkenaan bukan pertama kali apabila dua aktivis ditangkap di kilang Elbit Leicester yang ditutup minggu lalu. Penutupan kedua-dua kilang di Leicester dan Tamworth itu telah menyebabkan gangguan pengeluaran senjata Israel di United Kingdom (UK).

Di Leicester, kilang dron UAV Elbit-Thales telah ditutup selama enam hari berturut-turut dan disifatkan sebagai ‘pendudukan berterusan paling lama’ oleh kumpulan tersebut.

Menurut jurucakap kumpulan Tindakan Palestin di laman media sosial, Twitter, tindakan berkenaan dibuat demi perlindungan nyawa dan hak asasi manusia selain melawan Elbit System adalah sebagai tugasan moral.

“Penyemburan cat merah di bahagian depan kilang dibuat bagi melambangkan pertumpahan darah oleh senjata Elbit di Palestin dan seluruh dunia,” katanya menerusi Twitter.

Syarikat Elbit Systems merupakan pengeluar senjata terbesar Israel dan selain mempunyai beberapa pejabat dan kilang di UK.

Menurut laporan media Middle East Eye, kilang yang ‘ditawan’ itu merupakan pengeluar sistem komputer, perkakasan dan komponen penting untuk kereta kebal Merkawa 4 yang pernah digunakan oleh tentera Israel di Gaza.

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *