Kilang proses santan terbakar

 Kilang proses santan terbakar

IPOH, 31 Mac — Sebuah kilang memproses santan di Simpang Tiga, Selekoh Jalan Bagan Datuk dekat Hutan Melintang, kira-kira 130 kilometer dari sini, terbakar hampir 50 peratus, tengah malam tadi.

Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Hutan Melintang Rosli Wan Chik berkata pihaknya menerima panggilan kira-kira 11.30 malam dan 16 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Hutan Melintang dan BBP Teluk Intan digerakkan ke lokasi kejadian.

“Setibanya di tempat kejadian mendapati kebakaran melibatkan silo tempat memproses tepung santan yang dianggarkan musnah hampir 50 peratus.

“Operasi tamat sepenuhnya pada 2 pagi. Kita mengambil masa kira-kira tiga jam untuk memadamkan kebakaran kerana disebabkan fiber serbuk tepung santan sukar untuk menyerap air.

“Bagaimanapun, kebakaran tersebut hanya melibatkan silo dan kita berjaya mengawal kebakaran dari merebak ke struktur kilang dan melibatkan mangsa,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Rosli berkata punca dan jumlah kerugian akibat kebakaran tersebut masih dalam siasatan.

 

Bernama

bernama@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

  −  1  =  1