• Sunday, 20 June 2021, 12:31 pm

Kilang beri maklumat tidak tepat sudah tidak beroperasi

 Kilang beri maklumat tidak tepat sudah tidak beroperasi

Datuk Seri Hamzah Zainuddin

KUALA LUMPUR, 4 Jun — Pemantauan semula pihak PDRM terhadap kilang-kilang di sekitar Balakong yang telah diperiksa Rabu laluĀ  mendapati kilang perabot tersebut tidak lagi beroperasi semalam.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainuddin berkata pemantauan pematuhan SOP akan diteruskan dari semasa ke semasa.

Sementara itu, kilang besi keluli di kawasan sama masih beroperasi mengikut kapasiti serta SOP yang telah ditetapkan.

“Saya menyeru pihak industri untuk terus mematuhi SOP dan arahan yang telah dikeluarkan oleh kerajaan,” katanya.

Semalam media melaporkan hasil pemeriksaan oleh Kementerian Dalam Negeri dan Polis Diraja Malaysia terhadap beberapa kilang di Balakong, terdapat sebuah kilang yang didapati memberikan maklumat yang salah bagi mendapatkan surat kebenaran untuk beroperasi dalam tempoh ‘lockdown’.

“Pemeriksaan di lapangan mendapati kilang tersebut bukan merupakan kilang pembuatan yang menghasilkan barangan penjagaan diri seperti yang tertera di surat kelulusan beroperasi,” katanya.

Sebaliknya menurut Hamzah, kilang tersebut adalah kilang penghasilan perabot yang tidak dibenarkan untuk beroperasi pada ketika ini.

“Kilang tersebut telah diarahkan untuk menghentikan operasi,” katanya.

Hamzah berkata lebih banyak operasi pematuhan akan dilakukan dan tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana pihak yang terbukti melakukan kesalahan.

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *