Kilang arak patuh SOP – Polis

 Kilang arak patuh SOP – Polis

SHAH ALAM 19 JUN 2021. Kilang Carlsberg Brewery Malaysia Berhad yang terletak di seksyen 15, Shah Alam dilihat dari lebuh raya Persekutuan. WMY/SUPIAN AHMAD

SHAH ALAM, 19 Jun — Polis sahkan sebuah kilang arak di Seksyen 15 di sini tidak beroperasi seperti didakwa individu semalam.

Siasatan mendapati kilang tersebut mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dan tidak beroperasi sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Penuh sejak 1 Jun lalu.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib berkata, hasil pemantauan yang dijalankan pukul 7.40 malam semalam mendapati tiada sebarang operasi pengilangan arak dijalankan pihak tersebut.

SHAH ALAM 19 JUN 2021. Kilang Carlsberg Brewery Malaysia Berhad. WMY/SUPIAN AHMAD

Sebaliknya, siasatan mendapati ‘asap’ yang dilihat daripada salah satu cerobong kilang di situ merupakan wap daripada proses memanaskan sejenis bahan mentah yang menyerupai gandum atau ragi (yeast).

Semalam, tular satu video berdurasi 40 saat semalam yang menunjukkan asap keluar daripada corong kilang dan sekumpulan pekerja keluar masuk dari kawasan kilang tersebut.

SHAH ALAM 19 JUN 2021. Kilang Carlsberg Brewery Malaysia Berhad. WMY/SUPIAN AHMAD

“Pasukan kami bertemu dengan pengurus kilang terbabit dan dimaklumkan bahawa asap itu merupakan wap yang keluar hasil daripada proses pemanasan sejenis bahan mentah.

“Bahan itu perlu dipanaskan bagi memastikan ia tidak rosak sepanjang penutupan operasi kilang. Wap atau asap itu perlu dikeluarkan bagi mengelak berlaku letupan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

“Ekoran kejadian ini, pihak kami akan memanggil pemilik akaun Facebook terbabit bagi membantu siasatan,” ujarnya.

 

Foto WMY/SUPIAN AHMAD

suraya ali

suraya@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

6  +  4  =