Khazanah ilmuan falak Islam manfaatkan dunia

 Khazanah ilmuan falak Islam manfaatkan dunia

(Dari kiri) Umar al-Khayyam, Al-Farghani dan Ibn Yunus antara ilmuwan besar Islam.

KUALA LUMPUR, 4 Feb: Pada zaman keagungan tamadun dan kerajaan Islam, ramai ilmuwan Islam yang menempa nama dan meninggalkan khazanah ilmu dalam pelbagai bidang untuk dimanfaatkan manusia serta dikembangan menjadi asas pelbagai  bidang mahupun teknologi sekarang.

Antara Ghiyath al-Din Abu al-Fath Umar ibn Ibraim al-Khayyami al-Nishaburi (Umar al-Khayyam) yang berjaya membangunkan takwim suria, penentuan graviti serta metafizik.

Tokoh seterusnya ialah Abu al-Abbas Ahmad ibn Muhammad Ibn Khathir al-Farghani yang merupkan ahli falak terkenal ketika era al-Makmun pada kurun ke-9. Beliau lahir di Ferghana (dulu Transoxiana, kini Uzbekistan) dan menetap di Kota Baghdad.

Antara sumbangan besar al-Farghani ialah menghuraikan Almagest karangan Ptolemy,  elemen astronomi pada gerakkan objek-objek samawi khususnya bintang termasuk planet serta berjaya menentukan ukur lilit bumi dan planet lain.

Kawah Ibn Yunus di bulan pula dinamakan sempena nama Abu al-Hasan Ali ibn Abd al-Rahman ibn Ahmad ibn Yunus al-Sadafi al-Misri (Ibn Yunus) kerana ketepatan dan ketelitian hasil kerja beliau yang disifatkan mendahului zaman. Beliau turut memerihalkan mengenai 40 fenomena ijtimak planet dan 30 gerhana bulan pada zamannya.

Sementara itu, Abu Abdullah Mohammad ibn Jabir ibn Sinan al-Raqqi al-Harrani al-Sabi’ al-Battani (Al-Battani) pula ahli astronomi dan matematik. Antara sumbangan utama beliau dalam bidang astronomi ialah menghitung masa bumi mengorbit matahari yang mengambil tempoh 365 hari 5 jam 46 minit 24 saat.

Abu Ali Muhammad ibn al-Hasan ibn al-Haitham (Ibn Haitham) dikenali sebagai Alhazen iaitu Bapa Optik bagi mereka di Barat. Kitab beliau menjadi teori asas optik moden.

Abu Rayhan Muhammad ibn Ahmad al-Biruni (Al-Biruni) pula seorang ahli matematik, astronomi, ahli fizik, cendekiawan, penulis ensiklopedia, ahli falsafah dan astrologi, pengembara, pakar sejarah serta ahli farmasi.

Pembaca boleh mendapatkan perincian mengenai tokoh ini menerusi tulisan disediakan Unit Falak, Jabatan Mufti Kerajaan  Negeri, Negeri Sembilan yang akan disiarkan setiap Jumaat, mulai minggu ini.

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

40  +    =  41