• Sunday, 20 June 2021, 3:13 pm

Khalid Jamlus seru Harimau Malaya bangkit berjuang

 Khalid Jamlus seru Harimau Malaya bangkit berjuang

KUALA LUMPUR, 7 Jun – Bekas penyerang bola sepak negara, Khalid Jamlus menyeru skuad Harimau Malaya mempamerkan aksi yang lebih bertenaga pada baki perlawanan Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 menentang Vietnam dan Thailand.

Khalid, seperti rakyat Malaysia yang lain, meluahkan rasa kecewa dengan beberapa pemain skuad kebangsaan dalam kekalahan 4-0 menentang UAE pada Jumaat lalu, melalui media sosial seperti Facebook dan Twitter yang mana turut sama penuh dengan luahan peminat sukan nombor satu negara mengenai perlawanan tersebut.

“Di mana Liridon yang selalu buat lorongan-lorongan cantik? Tolong tunjukkan kepada penyokong yang kamu semua mampu memberikan segala-galanya di atas padang.

“Kalau dalam padang boleh ada beberapa yang main dengan bersemangat, mana yang lain? Kamu semua nak menang ke tak? Mana maruah kamu semua?

“Jangan mengecewakan penyokong dengan cara permainan anda sekarang! Ayuh bangun dan berjuang hingga ke minit akhir dan tunjukkan semangat berjuang itu di atas padang,” luah Khalid Jamlus di Facebook mengenai zaman bermainnya.

Dengan penambahan pemain naturalisasi pada skuad kebangsaan, Malaysia diberi harapan tinggi untuk mencapai kejayaan terutamanya dalam perlawanan Kelayakan Piala Dunia dan Piala Asia.

Kali terakhir Malaysia layak ke Piala Asia adalah pada tahun 2007, itu pun tersingkir di peringkat kumpulan.

Kini, Malaysia menduduki di tangga ke-158 di ranking dunia FIFA. Manakala di ranking Asia Tenggara, Vietnam menduduki di tangga pertama diikuti dengan Thailand, Filipina, Myanmar dan Malaysia.

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *