Khairy Jamaluddin akui vape berbahaya

 Khairy Jamaluddin akui vape berbahaya

PETALING JAYA – Khairy Jamaluddin Abu Bakar selaku Menteri Kesihatan Malaysia sendiri mengakui bahawa rokok elektronik atau vape adalah berbahaya. Kenyataan tersebut telah disampaikan oleh Yang Dipertua Persatuan Kesihatan Malaysia (Ikram Health), Dr Mohd Afiq Mohd Nor.

Khairy turut menegaskan bahawa Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sama sekali tidak akan mengiktiraf rokok elektronik itu sebagai strategi Pengurangan Risiko Tembakau (Tobacco Harm Reduction).

“Ya, YB (Khairy) sendiri akui yang vape itu berbahaya dan menegaskan KKM tetap menolak konsep ‘harm reduction’ yang dicanang-canang oleh sesetengah pihak,” katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Khairy berkata demikian dalam satu sesi libat urus berkaitan isu kawalan produk merokok bersama 12 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang terlibat dalam advokasi dan kesedaran bahaya tabiat merokok di Kuala Lumpur pada Khamis.

Menurutnya, seluruh NGO tetap menolak cadangan kerajaan dalam membenarkan penjualan rokok elektronik dan vape bernikotin meskipun terdapat beberapa perkara positif diutarakan oleh menteri dalam perbincangan berkaitan akta baru kawalan merokok yang akan dibentangkan nanti.

Dalam pada itu, wakil Persatuan Kesihatan Remaja Malaysia (MAAH), Profesor Dr Mohamad Haniki mempersoalkan asas yang digunakan oleh KKM dalam menetapkan sukatan tertentu untuk rokok elektronik berkenaan.

“Tiada bukti nikotin dalam rokok elektronik selamat digunakan. Berapakah kepekatan nikotin dalam cecair vape yang akan dibenarkan nanti?”

WMY

WMY@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

  +  87  =  90