Khairul Adib mengakhiri tugas, bersara wajib bermula Ahad ini

 Khairul Adib mengakhiri tugas, bersara wajib bermula Ahad ini


PETALING JAYA : Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA), Tan Sri Mohd Khairul Adib Abd Rahman mengakhiri tugasnya semalam dengan bersara wajib bermula Ahad ini.

Foto Ihsan Facebook Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA)

Menerusi perkongsian di Facebook Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), sesi ‘clock out’ itu berlangsung di pejabat JPA dengan majlis penyerahan nota serah tugas kepada Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Datuk Seri Suhaime Mahbar pada Jumaat.

Foto Ihsan Facebook Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA)

Pada majlis sama, Khairul Adib yang ditemani isteri yang juga Pengerusi Puspanita JPA,Puan Seri Maisarah Mokhtar turut menanam anak pokok sebagai tanda simbolik khidmat bakti dicurahkan beliau sepanjang berkhidmat dalam perkhidmatan awam.

Foto Ihsan Facebook Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA)

Khairul Adib, 60, dilantik sebagai KPPA pada Oktober 2019 dan sebelum itu menjawat jawatan Ketua Setiausaha Kementerian Pengangkutan bagi menggantikan Tan Sri Borhan Dolah.

Beliau berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Sains dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Ijazah Sarjana Sains Polisi dari Saitama University, Jepun.

Sebelum ini beliau berkhidmat dalam perkhidmatan awam melebihi 31 tahun dengan mula menyertai perkhidmatan Pegawai Tadbir dan Diplomatik pada 12 Januari 1988.

Farhana Ab Rahman

farhanabrahman@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

56  −  50  =