Ketua keselamatan rasuah direman

 Ketua keselamatan rasuah direman

Oleh Nazira

SEREMBAN, 12 Jan 2022 – Seorang ketua keselamatan di sebuah syarikat kontraktor direman tiga hari bagi membantu siasatan berhubung kes rasuah terhadap seorang penyelia keselamatan dua tahun lalu.

Selepas permohonan dibuat oleh Pegawai Pendakwa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), lelaki berusia 40 tahun itu direman bermula Rabu di Mahkamah Khas Reman Seremban.

Penolong Pendaftar Nurhayatie Saini mengeluarkan perintah reman terhadap lelaki itu mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009.

Ketua keselamatan direman minta suapan

Suspek tiba di mahkamah pada jam 10 pagi dengan berpakaian lokap warna oren diiringi pegawai SPRM.

Berdasarkan maklumat SPRM, lelaki itu ditahan di rumahnya di Johor pada Selasa jam 8.50 pagi.

Pada 29 Julai 2020 suspek meminta dan menerima suapan sebanyak RM2,000 sebagai balasan tidak mengambil tindakan disiplin terhadap seorang penyelia keselamatan kerana kesalahan tidak hadir bertugas di sebuah tapak projek.

Justeru itu suspek ditahan atas perbuatannya.

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *