Ketua Junta Myanmar kurangkan tempoh penjara Suu Kyi

 Ketua Junta Myanmar kurangkan tempoh penjara Suu Kyi

YANGON, 7 Dis — Ketua Junta Myanmar mengurangkan hukuman penjara pemimpin yang digulingkan Aung San Suu Kyi kepada dua tahun, selepas dia dipenjarakan selama empat tahun kerana menghasut terhadap tentera dan melanggar peraturan COVID-19.

Suu Kyi, 76, telah ditahan sejak rampasan kuasa dan menggulingkan kerajaannya pada 1 Februari, mengakhiri tempoh demokrasi negara Asia Tenggara yang singkat.

Sejak itu, dia telah berhadap dengan beberapa tuduhan, termasuk melanggar akta rahsia rasmi, mengimport walkie secara haram dan penipuan pilihan raya, dan menghadapi beberapa dekad di penjara.

Pada Isnin, Suu Kyi dijatuhi hukuman penjara dua tahun kerana menghasut terhadap tentera dan dua tahun lagi kerana melanggar undang-undang bencana alam berkaitan COVID, kata jurucakap Junta Zaw Min Tun.

Bekas Presiden Win Myint juga pada mulanya dipenjarakan selama empat tahun atas tuduhan yang sama, walau bagaimanapun Ketua Junta Myanmar Min Aung Hlaing kemudian memaafkan serta mengurangkan hukuman kedua-duanya kepada dua tahun penjara.

Zuan Azmi

zuan@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

  +  21  =  31