Ketokohan Muhyiddin diyakini bawa tuah PN

 Ketokohan Muhyiddin diyakini bawa tuah PN

JOHOR BAHRU, 26 Januari – Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Johor yakin kepimpinan dan ketokohan Tan Sri Muhyiddin Yassin mampu memberi kemenangan kepada Perikatan Nasional (PN) Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

Ketua Penerangan BERSATU Johor, Mohd. Solihan Badri berkata, pengalaman bekas Perdana Menteri itu dalam beberapa siri pilihan raya akan membantu PN dalam PRN tersebut.

Mohd. Solihan Badri

Beliau berkata, ini termasuk keputusan dibuat Presiden BERSATU untuk tidak bertanding dalam PRN kali ini dengan melepaskan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Gambir.

Jelasnya, keputusan itu tidak akan memberi kesan positif yang memberi lebih masa dan tumpuan untuk Muhyiddin meningkat serta memperkukuh peluang PN.

“Beliau tidak lagi perlu beri perhatian terhadap satu kawasan DUN sahaja, sekali gus membolehkan beliau fokus terhadap segenap aspek jentera dan kempen PN di negeri ini.

“Jika Tan Sri (Muhyiddin Yassin) tidak bertanding dalam PRN Johor, saya lihat itu adalah satu kelebihan kerana beliau akan mempunyai banyak masa berbanding sekiranya bertanding.

“Jadi, jika ditanya sama ada keputusan tersebut akan memberi kesan kepada PN dalam PRN Johor ini, ya memang ia beri kesan, ia beri kesan positif,” katanya ketika dihubungi.

Dalam mesyuarat Bersatu yang dipengerusikan Muhyiddin pada malam tadi, beliau dilaporkan tidak akan mempertahankan kerusi DUN Gambir dan akan menyerahkan kerusi itu.

DUN Johor dibubarkan pada Sabtu lalu selepas mendapat perkenan Sultan Johor dan  Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memaklumkan akan mengadakan mesyuarat khas berkaitan PRN Johor pada 9 Februari ini 

yang dipengerusikan Pengerusi SPR, Datuk Abdul Ghani Salleh.

Mesyuarat itu bagi akan membincangkan tarikh writ pilihan raya, hari penamaan calon, hari pengundian, daftar pemilih yang akan digunakan dan persiapan lain bagi melaksanakan pilihan raya tersebut.

Mengulas lanjut, Mohd. Solihan, kepimpinan BERSATU Pusat sudah membuat keputusan kerusi itu diserahkan kepada BERSATU Bahagian Ledang.

Beliau yang juga Ketua BERSATU Bahagian Ledang berkata, pihaknya sudah mempunyai calon bersesuaian, diterima ahli akar umbi dan juga penduduk setempat di Bukit Gambir.

“Kami percaya calon berkenaan akan dapat menyambung khidmat yang dibuat Tan Sri selain turut memberi nilai tambah kepada penduduk setempat,” ujar penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang itu. – ENDS

Tun Puteh Wanti

sangratu@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

61  −  51  =