Kesihatan mental tanggungjawab bersama – Tengku Puteri Iman Afzan

 Kesihatan mental tanggungjawab bersama – Tengku Puteri Iman Afzan

TENGKU Puteri Iman Afzan Al-Sultan Abdullah memakaikan riben hijau di baju Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah sambil diperhatikan Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah sempena Hari Kesihatan Mental Sedunia 2020. – FB ISTANA NEGARA

Oleh Suraya Ali

Kuala Lumpur, 23 Feb — Tengku Puteri Iman Afzan Al Sultan Abdullah mengajak rakyat dan kerajaan di seluruh dunia bersatu dalam usaha memartabatkan kesihatan mental kerana ia adalah tanggungjawab semua.

Dalam sebuah kenyataan di laman Instagram Persatuan Green Ribbon Malaysia, Tengku Puteri Iman Afzan berkata masyarakat harus sama-sama bergandingan membendung dan memberi sokongan kepada pesakit mental.

Katanya, meluangkan masa, memberi perhatian, sokongan, kasih sayang serta belas kasihan sangat penting untuk menjamin kesihatan dan kesejahteraan mental yang lebih baik.

Selain pengasas kepada Persatuan Green Ribbon Malaysia, Puteri sulung Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah itu merupakan Penaung Diraja Gabungan Kebangsaan untuk Kesejahteraan Mental (NCMW) di Malaysia.

Persatuan Green Ribbon Malaysia merupakan sebuah badan NGO yang aktif mempromosikan kesihatan mental di negara ini.

Ia bertujuan untuk meningkatkan tahap bantuan yang diberikan kepada mereka yang menderita dengan masalah kemurungan di samping membantu mengurangkan kadar bunuh diri melalui sokongan emosi dan mental, terutama mereka yang banyak terdedah kepada isu berkaitan kesihatan mental.

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

  +  72  =  78