Keselamatan negara terkawal – KPN

 Keselamatan negara terkawal – KPN

Ketua Polis Negara Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani

[K}UALA LUMPUR, 13 Sept — Polis Diraja Malaysia (PDRM) memberi jaminan keselamatan dan ketenteraman awam negara ketika ini, terkawal.

Ketua Polis Negara, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani, berkata PDRM tidak mengesan atau menerima sebarang maklumat mengenai apa-apa bentuk ancaman keselamatan.

“Orang ramai diminta untuk tidak gusar dan tidak membuat sebarang spekulasi kerana PDRM akan memastikan negara kekal berada pada tahap selamat.

“Pemantauan juga akan ditingkatkan bagi menjamin kesejahteraan masyarakat.

“PDRM sentiasa memantau senario keselamatan semasa dan akan mengambil tindakan tegas jika terdapat mana-mana pihak yang cuba mengganggu-gugat ketenteraman awam dan keharmonian negara ini,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Acryl Sani mengulas laporan pihak Kedutaan Jepun di Malaysia, yang mengeluarkan amaran kepada rakyatnya mengenai kemungkinan berlaku serangan pengganas di rumah ibadat dan kawasan tumpuan ramai di beberapa negara Asia Tenggara.

 

Muhammad Iqhwan Hakim Abdullah

iqhwan@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

77  −  75  =