Kes SRC Najib terus tertangguh lama

 Kes SRC Najib terus tertangguh lama

KUALA LUMPUR, Kes Datuk Seri Najib Razak membabitkan dana SRC International Sdn Bhd (SRC) akan terus tertangguh dalam tempoh lama apabila Mahkamah Persekutuan mengarahkan mantan Perdana Menteri memfailkan permohonannya melantik Peguam DiRaja (QC) United Kingdom bagi membatalkan sabitan dan hukuman 12 tahun penjara serta denda RM210 juta, sebelum 20 Mei.

Timbalan Pendaftar Mahkamah Persekutuan, Siti Hajar Mustaffa menetapkan tarikh berkenaan, semasa perbicaraan secara dalam talian, semalam (29 Jan 2022).

Timbalan Pendakwa Raya, Mohd Ashrof Adrin Kamarol, berkata tarikh pendengaran pelantikan QC secara tentatifnya ditetapkan antara 20 dan 24 Jun depan, namun tarikh sebenar akan ditetapkan pada pengurusan kes berikutnya.

Pelantikan QC dibuat secara ad-hoc
selepas mendapat kebenaran daripada Mahkamah Malaysia.

Terdahulu, Mohd Ashrof berkata, mahkamah memutuskan pendengaran rayuan Najib bagi mengemukakan bukti baharu, pada 15 Mac depan.

Katanya, ia bagi rayuan utama dalam rayuan Najib untuk membatalkan keputusan dalam kes dana SRC, pengurusan kes berikutnya yang ditetapkan pada 25 Feb depan.

Firma guaman, Messrs Shafee & Co sebelum ini menulis enam helaian surat kepada Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat, mengenai hasratnya melantik QC bagi membantu Najib dalam isu dan persoalan perundangan kompleks dalam rayuan bagi membatalkan keputusan kes SRC, pada 25 Jan lalu.

Ia berikutan, Mahkamah Rayuan menolak permohonan Najib mengemukakan bukti baharu dalam kes SRC dengan memutuskan Ahli Parlimen Pekan itu gagal memenuhi Seksyen 61 Akta Mahkamah Kehakiman secara kumulatif bahawa bukti baharu diperlukan untuk keadilan dalam kes itu, pada 7 Dis 2021.

Sehari selepas itu, mahkamah sama mengekalkan sabitan serta hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta bagi kesalahan menyeleweng RM42 juta dana SRC.

Hakim Datuk Abdul Karim Abdul Jalil yang mengetuai panel tiga hakim terdiri daripada Datuk Has Zanah Mehat dan Datuk Vazeer Alam Mydin Meera, menolak rayuan Najib, terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, bertarikh 28 Julai 2020.

Pada masa sama, Najib, 69, memfailkan notis rayuan kepada Mahkamah Persekutuan.

Sumber : Bernama.com

fhatihah Zakinan

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

8  +  1  =